in

Tular Gambar Majlis Berbuka Puasa Langgar SOP, Caprice, Iman Troye, Mawar Rashid & Lain-lain Akan Dipanggil Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, tular beberapa gambar di media sosial yang menunjukkan sebuah majlis berbuka puasa yang telah dihadiri oleh beberapa artis yang didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).


Menurut Berita Harian, polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung penganjuran ‘Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021’ yang diadakan di sebuah hotel pada Khamis lepas.

Beberapa artis yang menghadiri majlis berbuka puasa tersebut juga akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata menerusi siasatan yang dijalankan didapati terdapat perlanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Majlis tersebut telah diadakan pada 29 April dan setakat ini, 3 individu membabitkan penganjur dan seorang pihak pengurusan hotel sudah dipanggil untuk beri keterangan.

Siasatan dijalankan selepas penularan gambar menunjukkan majlis berbuka puasa berlangsung dengan kehadiran orang ramai.

“Penelitian ke atas gambar mendapati wujudnya pelanggaran SOP penganjuran majlis sosial PKPB iaitu tiada penjarakan fizikal,” katanya.

Antara selebriti yang dilihat hadir majlis tersebut berdasarkan gambar yang tular di media sosial seperti Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.

Susulan itu, semua yang terbabit akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan dalam masa terdekat ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021.

Baca: Gara-gara Isu Langgar SOP, Swarovski Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Neelofa?

Sumber: Kosmo
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.