in

Gara-gara Isu Langgar SOP, Swarovski Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Neelofa?

Lofaswarovski

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pelanggaran SOP dan kompaun yang dikenakan terhadap pengacara dan usahawan, Noor Neelofa nampaknya makin panas!


Selepas menerima kecaman hebat netizen kerana melanggar SOP majlis perkahwinan dan merentas negeri, baru-baru ini, jenama batu kristal mewah dunia, Swarovski pula katanya sudah tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa.

Neelofa 1 1

Semuanya bermula apabila ada beberapa netizen bertanyakan status kolaborasi selebriti tersebut dengan jenama itu selepas pelbagai kontroversi melanda isteri kepada PU Riz ini.

Menurut seorang netizen, jika perkara ini berlaku di Korea Selatan, selebriti terbabit sudah pastinya akan hilang kolaborasi sebagai duta dalam sesebuah jenama.

Jika Neelofa seorang artis Korea, jenama yang mana dia menjadi dutanya pasti akan tamatkan kontrak mereka dengannya. 

“Hello Swarovski,” tulis posting tersebut.

Crop

 

Swarovski jawab tweet netizen 

Syarikat jenama batu kristal mewah itu walau bagaimanapun tidak berdiam diri dan menjawab pertanyaan netizen menerusi akaun Twitter rasmi mereka.

Menurut Swarovski, mereka tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa selepas isu tersebut berlaku.

Crop 2

Walau bagaimanapun, hasil carian admin sebentar tadi mendapati tweet tersebut telah pun dipadam dari Twitter rasmi jenama tersebut. Aik? Hilang pulak?

Terdahulu, Neelofa telah menjadi wanita berhijab pertama dunia yang muncul sebagai model billboard jenama mewah Swarovski sejak tahun 2017 lagi.

Neelofa 2

Malah Neelofa juga telah ke beberapa negara termasuk UAE dan Austria demi menjayakan kolaborasinya bersama Swarovski.

Busana pernikahan Neelofa yang menjadi bualan ramai itu pun dihiasi dengan 5,000 batu kristal dari Swarovski.

Haih macam-macam ye minggu ni. Penuh dengan isu kompaun dan Neelofa. 

Baca: “Saya menerima dengan hati terbuka” – Neelofa Mohon Maaf, Anggap Insiden Dikompaun Sebagai Pengajaran

Purozlofa

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.