in

“Tukar PM baru pun sama Zionis” – Tak Sampai Sebulan Gencat Senjata, Israel Kembali Serang Gaza

Collage 40

Pada 21 Mei lepas, Israel dan dua kumpulan pejuang utama di Gaza telah pun mengumumkan gencatan senjata sekaligus mengakhiri pertempuran ganas selama 11 hari itu.

Namun tak sampai sebulan gencat senjata, Israel sekali lagi telah melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza awal pagi tadi kira-kira 1 pagi waktu Gaza (7 pagi waktu Malaysia).

Menurut Harian Metro, tentera udara Israel telah menyasarkan sekurang-kurangnya satu lokasi di timur bandar Gaza iaitu selatan Khan Younes.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengatakan serangan udara tersebut dibuat sebagai tindak balas selepas Israel dihujani belon-belon mengandungi gas mudah terbakar yang dikatakan dilepaskan dari Gaza.

IDF juga turut kongsikan video imej satelit mereka menunjukkan sebuah bangunan di Gaza musnah dibom pesawat tentera Zionis.

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan serangan udara pertama oleh Israel sejak kerajaan baru yang diketuai oleh Perdana Menteri baru, Naftali Bennet mengambil alih pemerintahan selepas menggulingkan Benjamin Netanyahu.

“Tetap sama walaupun bertukar PM”

Screenshot 2021 06 16 At 11.15.50 Am Down

 

Baca: Akhirnya! Kekuasaan Benjamin Netanyahu Sebagai Perdana Menteri Israel Tamat Selepas 12 Tahun Memerintah

Screenshot 2021 06 16 At 11.24.45 Am