Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mendedahkan bahawa sokongannya terhadap Argentina dalam Piala Dunia 2026 bukanlah disebabkan kehebatan kapten pasukan itu, Lionel Messi.
Argentina kini meneruskan kempen di kejohanan bola sepak dunia itu dengan mara ke suku akhir, namun sokongan Netanyahu terhadap skuad Albiceleste nyata berbeza dengan kebanyakan penyokong bola sepak.
Menurut laporan Clash Report yang memetik pelabur syarikat permulaan, Mario Nawfal, Netanyahu ditanya oleh seorang wartawan mengenai pasukan pilihannya sepanjang kejohanan itu.
Apabila wartawan bertanya sama ada sokongan itu diberikan kerana Messi, Netanyahu segera menafikannya.
“Messi?” Tanya wartawan itu ketika menyangka bintang Inter Miami tersebut menjadi sebab utama sokongan berkenaan.
“Bukan. Sebelum Messi, Milei. Dia seorang superstar,” jawab Netanyahu.
🚨🚨| JUST IN: Bibi Netanyahu has 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋𝐋𝐘 announced he is supporting Argentina in this FIFA World Cup. 🗳️🇦🇷
[@clashreport]pic.twitter.com/zJi1Q6RIg9
— Goals Side (@goalsside) July 9, 2026
Kenyataan itu merujuk kepada Javier Milei yang memegang jawatan Presiden Argentina sejak tahun 2023.
Milei sebelum ini dikenali sebagai ahli ekonomi, profesor universiti dan personaliti televisyen sebelum menceburi dunia politik serta mempunyai hubungan rapat dengan Israel.
Artikel berkaitan: Pasukan Bola Sepak Argentina Disiasat FBI Berhubung Dakwaan Penipuan dan Pengubahan Wang Haram
Artikel berkaitan: Tular Dakwaan Sudah Meninggal Dunia, Netanyahu Muat Naik Video Minum Kopi Tapi Ramai Kata Itu AI?
Dalam perbualan sama, Netanyahu turut menyentuh mengenai Messi dan skuad bola sepak Argentina, dengan mengakui kehadiran pemain berpengalaman seperti penyerang berusia 39 tahun itu menjadi antara kekuatan pasukan tersebut.

Beliau turut berkongsi bahawa pernah bertemu Messi ketika pemain itu berkunjung ke Israel bagi satu perlawanan persahabatan.
Sementara itu, Argentina dijadualkan berdepan Switzerland dalam aksi suku akhir pada Ahad ini, jam 9 pagi waktu Malaysia.
Sumber: Sinar Harian, X
