in

“Tujuan baik tapi kaedah penyampaian mengelirukan” – Beri Kesedaran Tentang Isu Seksual, Rancangan Kakak Kondom Dikecam?

Kk

Baru-baru ni, trending di media sosial sebuah siri di Youtube terbitan Yayasan Aids Malaysia (MAC), One Condom MY dan UiTM bernama ‘Kakak Kondom’ yang bertujuan mendidik dan memberi kesedaran tentang kesihatan seksual dan reproduktif kepada rakyat Malaysia.

Dihoskan Azryn Azhari Arshad sebagai Kakak Kondom dan Najwa A’liah Fairuz, Adik Kondom, rancangan ni mendapat sambutan hangat di media sosial.

Walau bagaimanapun, rancangan ini kemudian mendapat teguran dan komen negatif daripada beberapa individu termasuklah golongan profesional kerana ia dikatakan tidak sesuai dengan norma masyarakat Malaysia dan mempromosi seks bebas.

 

Hos diperalat atas nama kesihatan seksual?

Menurut Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin di Facebook, beliau berpendapat kedua-dua orang hos telah diperalatkan untuk menghalalkan zina atas nama kesihatan seksual dan seks selamat.

“Tidak ada agama di dunia yang menggalakkan amalan seksual secara bebas (sebelum berkahwin atau bernikah), apatah lagi sebagai seorang Muslim atau Muslimah, perhubungan seks sebelum bernikah adalah jelas dilarang sama sekali.

“Jangan permainkan hukum hakam agama yang jelas dan nyata mengenai pengharaman zina ini,” katanya.

Kakak dan Adik KondomSama ada disedari atau pun tidak, saya berpandangan bahawa mereka telah diperalatkan untuk…

Posted by Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin on Selasa, 18 Ogos 2020

 

Kekeliruan dalam penyampaian program?

Manakala penulis terkenal, Dr Ahmad Sanusi di Facebook pula berkata, rancangan tersebut mempunyai kaedah penyampaian yang agak mengelirukan kerana ia dilihat membiasakan pandangan masyarakat terhadap seks bebas sehinga pelajar Universiti seronok datang ke program ini untuk dapatkan kondom percuma. 

Kekeliruan Program Kakak Kondom========1. Kakak Kondom merupakan sebuah rancangan khas berkenaan pendidikan seksual…

Posted by Dr Ahmad Sanusi on Isnin, 17 Ogos 2020

Jadi apa pendapat korang mengenai isu ni? Min macam biasa no komen! 

Baca: “Bertaubatlah dari memfitnah wahai Youtuber” – Ustaz Abu Dakwa ‘Income’ Buat Video Youtube Banyak Yang Haram

Income