in

Aktiviti Seks Luar Nikah Bakal Diharamkan Di Indonesia, Penjara Sehingga Setahun Jika Bersalah

Cover 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Parlimen Indonesia difahamkan akan meluluskan undang-undang jenayah baharu pada bulan ini yang akan mengenakan hukuman penjara sehingga setahun jika seseorang itu melakukan hubungan seks di luar ikatan perkahwinan.

Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Bambang Wuryanto yang terlibat dalam merangka draf itu berkata, undang-undang baharu tersebut dijangka akan diluluskan seawal minggu depan.


Menurut sumber, undang-undang ini akan terpakai kepada semua warganegara Indonesia dan juga rakyat asing. Bagaimanapun, hukuman zina hanya boleh berkuat kuasa jika ada pihak yang membuat aduan kepada pihak berkuasa berkenaan salah laku ini.

Penjara Logo 1579250757

Selain itu, buat mereka yang sudah berkahwin pula, pihak yang berhak untuk membuat aduan ialah suami atau isteri kepada pelaku hubungan seks di luar perkahwinan itu. Untuk rekod, undang-undang baharu ini turut membenarkan ibu bapa melaporkan kepada pihak berkuasa jika anak mereka yang belum berkahwin didapati melakukan hubungan seks.

Individu yang duduk serumah dengan berlainan jantina sebelum berkahwin juga akan dikenakan tindakan dan disabitkan kesalahan penjara selama enam bulan selepas undang-undang ini diluluskan.

Sebelum ini, Indonesia pernah hampir meluluskan undang-undang bagi mengelakkan hubungan seks sebelum berkahwin, dan dijangka akan diluluskan pada tahun 2019. Namun idea ini mencetuskan perdebatan di Indonesia dengan puluhan ribu orang membuat demonstrasi membantah undang-undang ini.

Kredit: Kosmo

BACA: Netizen Indonesia Kurang Senang Lepas Warga Malaysia Dakwa Rendang Berasal Dari Malaysia

Cats 3

Sumber: Hasbulla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.