in

“Bertaubatlah dari memfitnah wahai Youtuber” – Ustaz Abu Dakwa ‘Income’ Buat Video Youtube Banyak Yang Haram

Abu Yt

Minggu lepas, pelakon dan pengarah, Ellie Suriati mencadangkan agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk melakukan penambahbaikan terhadap Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) 1981 selaras dengan perkembangan teknologi hari ini.

Ellie telah menyuarakan pendapat agar pemilik saluran Youtube mendapatkan lesen kerana pendapatan yang mereka dapat dari platform itu lumayan.

Yt3

 

Lagi sorang pula…

Terbaru, pendakwah sensasi Ustaz Abu Syafiq pula mengesyorkan kerajaan agar menyekat Youtuber dan mendakwa golongan itu membuat pendapatan secara fitnah.

Menurutnya, pendapatan hasil daripada menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya adalah haram serta pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di dunia ini.

Pendapatan dari Youtube ada halal, ada haram. Namun kini banyak yang haram juga. Menjadi Youtuber bukanlah menjamin kesenangan hidup duniawi.”

Abu1

 

“Bertaubatlah dari perbuatan memfitnah”

Melalui Instagram, Abu berkata ianya memudaratkan negara serta menggalakkan perbalahan dalam kalangan masyarakat kita.

Saya syorkan kerajaan sekat Youtuber yang membuat income secara fitnah/haram.”

Bertaubatlah dari perbuatan memfitnah dan mengadu domba wahai Youtuber.”

Beryoutuberlah secara halal dan tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga.”

Bagaimanapun, pendakwah yang mempunyai 28,000 pengikut di Instagram itu tidak menyatakan kepada siapa kenyataan tersebut ditujukan.

Baca: “Ingin kecam saya, silakan” – Ellie Suriati Gesa Kerajaan Kenakan Lesen Untuk Pemilik Saluran Youtube

Ellie Suriati

Sumber: Instagram