Rasanya dah selalu sangat kita dengar kes kecurian kereta, tak kisahlah parking kat mana-mana pun, walaupun kawasan parking tu selamat atau segala langkah keselamatan dah diambil, orang kata kalau nak kena curi tu, kena juga.
Macam kisah yang dikongsikan Nic Wang di facebooknya mengenai kereta Honda CRV miliknya yang dicuri dalam parking mall, dalam masa 20 minit sahaja.
*Bayangkan mall yang ada pengawal keselamatan dan polis bantuan pantau keselamatan pun tak perasan
https://www.facebook.com/nicwang/posts/10162895724830128
Ini kronologi kehilangan kereta Nic
13 Januari 2020
9.00am – Nic park kereta kat Basement 1
6.30pm – Habis kerja, Nic pergi kat kereta dan perasan yang keretanya tak ada kat sana. Saya cuba tenangkan diri dan pergi ke bahagian pengurusan parking sebelum kemudiannya saya disuruh ke pos kawalan keselamatan.
7.00pm – Saya maklumkan kepada pos kawalan (kebanyakan mereka ialah polis bantuan), mereka kemudiannya check kawasan parking saya untuk tengok ada cctv ke tak. Apa yang menyakitkan hati saya ialah, polis bantuan tak bagi saya buat report sehingga mereka tengok cctv terlebih dahulu.
“Masa saya buat report, saya terima nasib saya. Saya tak masa pada mall tersebut walaupun ramai tahu yang mereka mempunyai kawalan keselamatan yang lemah berbanding mall lain.
“Apa yang membuatkan saya marah ialah pihak pengurusan mall yang menyalahkan saya dengan mengatakan ia kecuaian saya.
“Saya akan berdiam kalau mereka meminta maaf tapi ia tidak berlaku.”
Malah pihak polis mengesahkan yang ianya ‘random target’ dan suspek bukannya bijak sebab ambil masa 20 minit untuk start kereta.
7.19pm – Saya terima call dari pos kawalan mall mengesahkan yang kereta saya dicuri pada 2.47pm
8.00pm – Saya ke IPD Cheras dan buat report polis.
Dibawah merupakan kisah lebih ‘detail’ bagaimana kereta Nic dicuri dari parking mall:
https://www.facebook.com/nicwang/videos/pcb.10162895724830128/10162895723415128/?type=3&theater
2.13pm – Sebuah Perodua Alza masuk parking basement EkoMall melalui Gate 1. Cctv merakam yang Alza tersebut berpusing-pusing di kawasan parking, mungkin bagi mencari mangsa.
2.25pm – Suspek nampak Honda CRV (kereta Nic) dan berpura-pura tunggu parking sebelum seorang lelaki keluar dari kereta (Alza) dan membuka pintu kereta Honda CRV dalam masa kurang 1 minit. Lepas tu suspek buka bonet depan kereta dan periksa GPS kereta tersebut.
2.47pm – Alza dan kereta Nic (Honda CRV) dipandu keluar dari mall. Alza guna kad Touch n Go yang sama, sementara Honda CRV milik Nic mengekori rapat dari belakang untuk keluar sebelum palang turun.
Bolehkan kami nampak perilaku mereka? Tak! Sebab cctv dipasang terlalu jauh. Video footage blur.
Boleh kami kenalpasti lelaki dalam Alza? Tak! Sebab mall tak ada cctv di pintu keluar yang fokus pada pemandu, mereka hanya ada cctv yang fokus pada plat kereta sahaja.
Yang mengecewakan ialah kat situ ada pos pengawal keselamatan yang jaraknya hanya selang sepuluh kereta dan kereta itu juga diletakkan selang 10 kereta dari pintu keluar dan lapan kereta sahaja dari pintu masuk mall tersebut.”
Lebih menjengkelkan boss bahagian pengurusan mall tersebut siap ‘soal siasat’ Nic…
Kat mana kamu beli kereta? Kat mana kamu tinggal? Kat mana kamu servis kereta? Adakah kamu basuh kereta kat mana-mana? Saya jawab semua soalan lelaki itu.
Namun lelaki tersebut mula nasihat saya supaya jangan percaya pada orang tak kisah serapat mana, malah menurut fahamannya katanya kunci kereta saya telah di’duplicate‘, padahal polis dah sahkan yang ia adalah ‘target rawak’.
“Kalau mereka duplicate kunci saya, kenapa perlu ambil masa sampai 1 minit nak buka kereta? Mereka boleh buka kurang 5 saat kalau mereka ada kunci saya”- Nic
Untuk makluman, kereta Honda CRV milik Nic itu akhirnya berjaya dijumpai dalam keadaan selamat dua hari kemudian.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10162902602795128&set=a.10151105115180128&type=3&theater
Waktu tu kereta tersebut dah hampir dijual.
*Kalau nak baca full story, boleh baca kat posting yang penulis letak.