Bukan hanya dilayan dengan teruk, ada antara aktivis wanita yang ditahan oleh tentera Israel telah dinafikan hak mereka untuk bertudung.
Menurut laporan Harian Metro, hak asasi sebagai wanita Muslim itu telah dicabul oleh tentera Israel apabila ada antara aktivis yang ditahan dipaksa untuk tanggalkan tudung dan hijab mereka juga dirampas.
Untuk menjaga aurat, ada antara aktivis wanita Muslim yang menggunakan kain baju T-shirt sebagai pengganti tudung.
Difahamkan, T-shirt tersebut telah diberikan kepada aktivis wanita Muslim oleh aktivis lain yang turut sama-sama ditahan.
Artikel Berkaitan: “Mereka tidak menghormati identiti & kepercayaan kami”- Sukarelawan, Iylia Balqis Sifatkan Layanan Tentera Isra*l Sangat Buruk
Artikel Berkaitan: “Dilayan seperti binatang” – Hazwani Helmi Dedah Pengalaman Dalam Tahanan
Demonstrasi pemakaian T-shirt sebagai pengganti hijab itu telah ditunjukkan oleh seorang aktivis Muslim menerusi video di platform X setelah mereka dibebaskan daripada tahanan.
Sumber: Harian Metro, X