in

“Tu manusia bukan haiwan” – Tular Gambar Lori Bawa Pekerja Kilang Positif COVID 19 Beramai-ramai, Pemandu Ditahan

Kilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, viral sebuah gambar di media sosial yang menunjukkan sekumpulan pekerja kilang dilihat berada di bahagian belakang sebuah lori beramai-ramai tanpa diketahui sebab mereka diperlakukan sebegitu.


Gambar yang viral tersebut telah menyebabkan kemarahan penduduk tempatan yang menganggap ia adalah perkara yang tidak berperikemanusiaan.

Kesian

 

Kilang pemprosesan ayam benar pekerja positif COVID 19 naik lori beramai-ramai 

Setelah disiasat, rupa-rupanya sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong, telah dikesan membenarkan sekumpulan pekerjanya positif COVID 19 menaiki lori beramai-ramai sebelum ditahan polis.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian yang berlaku pukul 5 petang, seramai 48 pekerja yang dipakaikan gelang merah jambu telah menaiki lori untuk pulang ke asrama penginapan mereka.

E3Wpsqbvcacwgzp

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihak berkuasa telah berusaha mengesan mereka disebabkan sebelum ini viral beberapa video dan gambar berkaitan lori tersebut di media sosial.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kemudian mengesan lori itu sebelum berjaya menahannya ketika sedang dalam perjalanan pulang ke Sungai Lalang.

“Hasil siasatan mendapati terdapat kes positif dikesan di sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong dan 135 pekerjanya diarah ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda bagi dipakaikan gelang merah jambu.

“Dipercayai majikan kilang berkenaan mengatur tiga kali perjalanan lori terbabit untuk membawa semua 135 pekerja yang positif COVID-19,” katanya.

Orang ramai yang telah melihat kejadian berkenaan difahamkan telah merakam video dan mengambil gambar pekerja-pekerja terbabit.

 

Lori ditahan, majikan disiasat polis kerana perbuatan cuai 

Lori itu kemudian ditahan kereta peronda polis ketika membawa kumpulan terakhir pekerja kilang untuk pulang ke asrama.

“Seramai 48 pekerja kilang berada dalam lori itu dikesan positif COVID-19 dengan keadaan tangan bergelang merah jambu dan diarah dikuarantin di asrama.

“Pemandu lori itu kemudian disaman kerana kesalahan mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan lesen kenderaan memandu (LKM) bagi tujuan lain,” jelasnya.

Kilang 1

Tambah polis lagi, pihak pengurusan kilang itu juga disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta 342 kerana kesalahan tidak mematuhi perintah dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa dan Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit berbahaya kepada nyawa.

Kesian pulak tengok mereka berasak-asak dalam lori macam tu. Nasib baik polis cepat kesan. 

Baca: Bolos Ke Thailand Guna Jalan Tikus, Isteri Warga Malaysia Jangkiti Suami COVID 19 Varian Afrika Selatan

Thai

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.