in

Bolos Ke Thailand Guna Jalan Tikus, Isteri Warga Malaysia Jangkiti Suami COVID 19 Varian Afrika Selatan

Lorong T

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, negara Thailand telah mengesan penyebaran tempatan virus COVID 19 varian Afrika Selatan yang mana kes indeks melibatkan seorang lelaki warganegara Thai yang berusia 32 tahun.


Lelaki terbabit yang juga seorang ahli perniagaan dari Tak Bai, Narathiwat katanya telah dilawati oleh ahli keluarga dari negara jiran iaitu Malaysia. Dia dikesan positif pada 4 Mei 2021 dengan varian Afrika Selatan atau dikenali sebagai B.1.351.

Ap202474726486261

Menurut Bernama, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit Thailand, Dr Opas Karnkawinpong berkata, lelaki itu telah dilawati oleh ahli keluarganya iaitu isterinya yang berwarganegara Malaysia, anak dan ibu mertua yang membolosi negara tersebut melalui ‘lorong tikus’.

Kesemua daripada mereka juga katanya telah ‘skip’ kuarantin wajib yang sepatutnya dilakukan oleh pengembara luar negara. Aduhai… 

Isteri, anak lelaki dan ibu mertua lelaki terbabit berada di Thailand dari 12 April hingga 4 Mei dan kemudian pulang semula ke Malaysia.

Varian Afrika Selatan yang dikesan di Thailand sangat sama seperti yang ditemui di Malaysia. 

“Berikutan kawalan pergerakan yang dilakukan di wilayah itu dari 9 hingga 22 Mei, situasi terkawal. Tiada jangkitan baru dilaporkan,” kata Dr Opas.

C1 2016179

Setakat ini, pihak kementerian kesihatan Thai telah menemui 698 kontak rapat berisiko tinggi dan 81 orang positif COVID 19.

“Seramai 83 orang positif dari kluster ini dan 3 lagi didapati dengan varian Afrika Selatan.

“Mereka tiada simpton teruk. Mereka dirawat di hospital yang mana 16 darinya sudah sembuh dan 67 lagi masih menerima rawatan,” katanya lagi.

Uish bahaya ni sampai merebak ke negara jiran lain. Mohon janganlah ada yang buat berani rentas negara ikut jalan tikus. 

Baca: “Tiada gejala, ujian saringan negatif” – Ini 3 Varian Berbahaya Dikesan Di Malaysia

Dg 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.