in

“Tolong saya keluarkan saya” – Individu Dakwa Terima Nota Layang Daripada Warga Asing

Ft Polis Bibik Nota

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular satu foto di media sosial X memaparkan sekeping nota ringkas yang telah mencuri perhatian orang ramai. Dikatakan, seorang penghuni tempatan menerima nota layang tersebut di rumahnya dan ianya dikatakan datang daripada kejiranan di kawasan itu juga.


Nota yang diterima individu ini dijumpai di balkoni rumahnya, yang mana mangsa seakan-akan merayu untuk diberikan pertolongan agar dibebaskan dan dapat pulang ke kampung halaman.

Artikel berkaitan : “Dia nak kahwin dengan abah aku” – 10 Tahun Mak Jadi Mayat Hidup, Menderita Disihir Bibik 

Artikel berkaitan : “Tak pernah sambut birthday” – Bibik Menangis Dapat Kejutan Ulang Tahun Daripada Majikan

“Tolong saya, keluarkan saya, saya mau pulang ke Medan.”

Disebabkan nota tersebut, didakwa pihak polis telah sampai ke lokasi, bagaimanapun waktu,tempat dan kejadian yang menyusul berkenaan dengan kes ini masih lagi belum dikenal pasti.

Namun begitu, perkongsian ini tular dan meraih lebih 3,100 jumlah perkongsian dalam masa 15 jam dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

Tidak dinafikan ada yang bimbang dan takut dengan keadaan pengirim nota itu. Malah, ada juga yang rasa curiga dan sangsi kerana ada kebarangkalian agenda pengirim nota itu adalah untuk melarikan diri.

Ini kerana ada netizen yang menceritakan beberapa kejadian yang seakan-akan sama dengan situasi ini.

Screenshot 2024 03 04 123019 Screenshot 2024 03 04 123044 Screenshot 2024 03 04 123122 Screenshot 2024 03 04 123326

Hurm, apa pun bila pihak polis dah sampai tu, biarlah mereka yang selesaikan, andaikata kalau dia menipu semoga diambil tindakan. Risau juga kalau ada yang betul-betul kena culik. 

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.