Seperti yang semua sedia maklum, cuaca hujan tanpa henti yang berlaku sejak minggu lepas ni telah menyebabkan beberapa negeri terjejas akibat banjir.
Antara negeri yang teruk terjejas ialah Johor yang katanya telah mencapai tahap serius apabila 10 daerah dinaiki air dengan bilangan mangsa meningkat ke 9,151 orang, lapor Sinar Harian.
https://www.facebook.com/ViralMediaJohor/posts/2972661989433948?__xts__[0]=68.ARC5kZpcTPRKxEODqSosAI54XS44m29Sf5pQmdQaPmCvLGRukv8e1GBCEIG8z7g_mlF7rSeNBrQgsdf3mC9o-R4NNas58AtMlwUm9dLrhAG4SShrYSrDCvKT3TLTpdkGnIaXQS9syAp6iDgTJNLxjQIjwoTF3fCSN-QZcP0X0SlSbNQp9IBzKL0eno_-qZ1PsKCYNH6Ykn_hfnlWNi9ObBZB-vaxwFVLyQlQhZGCO6fS8Hi2-TTgFsYVOPWighPLjgnQdXAGUCfdtiOYZiWXVO1DBPRjULpF_Bn_FiQmZiMGa46fwLIc2HaVIs2nnxbH6mB7d3CsyvpKiVaBOSYwNx-r-A&__tn__=-R
“Tolong laaa kami tersadai di tengah-tengah jalan. Ke depan tak boleh, ke belakang pun tak boleh. Makanan tak ada”
Lebih mengejutkan, apabila viral semalam seorang wanita meminta pertolongan di Facebook selepas dia katanya terkandas dekat Jalan Mawai, Kubu, Mersing selepas jalan yang mereka lalui dinaiki air.
Menurut mangsa, mereka dah dekat 24 jam terkandas disitu tanpa sebarang bantuan dan makanan. Nak meredah ke depan tak boleh, ke belakang pun tak boleh!
https://www.facebook.com/shashasemput/posts/2621979414552442
Menurut laporan Harian Metro, wanita bernama Shahira Dasmin ini dalam perjalanan pulang ke Kulai lepas menghantar ayahnya di Tenggaroh, Mersing dalam jam 3 pagi. Dia bersama suami dan bayi kecil telah menghubungi pihak berkaitan tetapi masih tiada tindakan diambil.
“Kereta saya, kemudian ada lima lagi kereta di belakang dan sebuah lori. Kami tiada makanan, hujan semakin lebat dan air makin naik,” katanya.
“Terima kasih warga FB yang tolong viral dan membantu kami semua”
Berkat bantuan viral netizen di Facebook, akhirnya keluarga ini berjaya diselamatkan pihak bertanggungjawab. Mujurlah mereka sekeluarga dalam keadaan baik dan berterima kasih dengan netizen yang gigih viral dan mencari bantuan buat mereka.
Syukur Alhamdulillah…
https://www.facebook.com/shashasemput/posts/2622498911167159
Dalam pada itu, netizen juga sempat mengingatkan yang lain supaya jangan cepat menghukum kerana pihak-pihak bertanggungjawab lain sudah sedaya upaya melakukan tugas mereka.
Mungkin JPAM atau Bomba pun sibuk pada masa tu. Namun syukurlah keluarga ini berjaya diselamatkan.
Apa-apapun marilah kita doakan semoga mangsa banjir di Johor dalam keadaan baik-baik saja dan bencana ini berakhir secepat mungkin. Kesian tengok mereka yang terkandas tu.
Baca: “Aduhhh” – Budak Lelaki Koma Lepas Lintah Masuk Lubang Dubur Masa Main Air Banjir Di Terengganu