in

“Tolong jangan gelakkan dia” – Lelaki Lembut Sedih Ditertawa & Dihina Jemaah Masa Solat Di Surau

Ft Lelaki Lembut Sedih Dihina Jemaah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara berpewatakan lembut, pemuda yang lebih mesra dengan gelaran @jellybelyyy di TikTok terkilan dengan sikap segelintir jemaah yang menghina dan menjadikannya bahan lawak ketika ingin solat di surau.

Jelly atau nama sebenarnya Ikram Hamid kongsikan pengalaman buruknya itu ketika berada di surau di sebuah hospital swasta di Pahang, Khamis lepas.


 

“Kalau nampak orang macam saya, pondan atau bapuk yang pergi masjid, tolonglah jangan gelakkan dia.”

Jelly membuat pesanan kepada orang ramai agar tidak jatuh hukum dan menghina golongan sepertinya ini jika ingin solat.

“Kita nak pergi menghadap Allah ni kan, takkanlah nak gelak. Nampak pondan sikit terus gelak. Janganlah macam tu, doa je baik-baik.”

https://www.tiktok.com/@jellybelyyy/video/7102001522564795675?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en

Ketika dihubungi mStar, Jelly menjelaskan ia adalah cabaran untuk lelaki lembut di Malaysia. Dia menjelaskan bahawa dia pada waktu itu berada di hospital untuk melawat kakaknya dan ingin menunaikan solat Asar di surau berhampiran.

“Masa tu waktu Asar, dah agak lewat. Saya masuk ke surau hopsital, tiada siapa pada waktu itu dan saya solat seperti biasa. Masa nak keluar, ada 3 ke 4 orang lelaki macam technician, mereka masuk ke surau dan pandang saya pelik.”

Perasan dirinya diperhatikan, dia hanya senyum dan tunduk sebelum keluar dari surau tersebut.

“Mereka ketawa berdekah-dekah, dia mention bapuk weh. Dia gelak-gelak. Masa tu saya berpakaian normal. Saya pakai kurta lengan pendek. Mungkin sebab saya berisi, mereka nampak shape badan saya, nampak saya ke arah dia fikir yang saya ni perempuan.”

Dengan kejadian ini, Jelly meluahkan bahawa dia begitu terkilan tetapi anggap ia sebagai ujian.

“Ikutkan memang dah fed up. Dah banyak kali orang pandang pelik. Memang sangat terkilan. Walaupun pakai kopiah, tetap orang pandang-pandang. Tapi nak buat macam mana. Sebagai orang Islam, ini ujian untuk saya.”

Pesannya kepada Muslim di luar sana, daripada jatuh hukum, adalah lebih baik untuk mendoakan orang-orang sepertinya.

“Apabila pergi solat, janganlah gelakkan kami. Sekarang pun dah masuk fasa endemik, kalau nak salam pun boleh.”

Bagaimanapun, Jelly juga menitipkan pesanan buat golongan sepertinya agar jaga diri jika berada di tempat ibadat.

“Kepada golongan lembut macam saya, janganlah pula kita ke surau dalam keadaan yang tak sepatutnya. Orang selalu pandang kita sebagai simbol, kepada sesuatu, tapi saya tetap akan bawa agenda kebaikan, nak tunjuk yang kami juga orang baik, bukan semua buat kerja tak elok.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat buatnya utnuk tidak terus berputus asa.

Ejelly Ejelly2

Kata Jelly lagi, dengan komen yang membina ini, dia amat menghargainya dan jadi makin bersemangat.

Baca : [Video] Hebat! Aksi Lelaki Lembut Tangkas ‘Melibas’ Masa Main Sepak Takraw Buat Ramai Ternganga

Feat 13

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.