in

TMJ Nafi Dakwaan Labelkan UMNO Parti Politik ‘Penuh Sampah’

Kiefrdws

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pernah tular satu hantaran raih pelbagai reaksi netizen di media sosial yang dikaitkan dengan Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengenai kenyataan dakwaan parti Umno adalah parti yang ‘penuh sampah’.

TMJ nafi kenyataan dakwa parti Umno ‘penuh sampah’


Namun, baru-baru ini Tunku Ismail telah menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu dan menganggap perkara tersebut adalah fitnah semata-mata. Perkara tersebut telah dikongsikan di laman Facebook rasminya dan mengakui yang beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=665942188221504&set=a.273577870791273&type=3

“Ini adalah satu kenyataan palsu disebarkan secara berterusan pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.”

Menurut hantaran tersebut, Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu itu.

“DYAM Tunku Mahkota Johor bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan Baginda ataupun Keluarga Diraja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office atau di laman sosial rasmi Baginda sahaja.”

Makin nak dekat PRU ni sampai TMJ pun terkena sekali…Tak baik fitnah macam ni….

Baca: “Saya tak keluar rumah pun” – TMJ Jawab Dakwaan Individu Tergesel Divider Gara-gara Beri VVIP Laluan

Screenshot 2022 11 07 At 1.29.21 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.