in

“Saya tak keluar rumah pun” – TMJ Jawab Dakwaan Individu Tergesel Divider Gara-gara Beri VVIP Laluan

Ft Tmj Jawab Tuduhan Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai rakyat biasa, bila dengar pasal laluan VVIP di atas jalan ini boleh buatkan kita jadi marah kerana dengan bilangan pengangkutan yang semakin banyak ini,  ia boleh mengundang bahaya jika pengguna jalan yang lain kena bagi laluan buat mereka secara paksa.

Pokoknya kita dapat lihat sendiri ada kes kereta berlanggar, penunggang motosikal terjatuh dan terbaru ini ada individu mendakwa bahawa kereta miliknya hingga ‘pecah’ tergesel dengan divider jalan ekoran dengan memberi laluan secara ‘paksa’.


 

Sampai tergesel divider tepi jalan 

Keluhan tersebut dibuat secara terbuka di Twitter dan individu itu menyatakan kejadian itu berlaku semalam di Johor Bahru. Mangsa mendakwa bahawa VVIP tersebut merupakan Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Screenshot 2022 11 07 113935

Dia yang bekerja sebagai pengusaha kantin rasa buntu mengenai hal yang menimpa dirinya kerana kereta itu digunakan untuk urusan kerja hariannya.

“Ni kalau hantar insurans mahu sebulan dekat dalam, hantar bengkel 3 , 4 hari da siap, tapi aku ni pengusaha kantin, kereta kalau sebulan takda, nak bagi makan apa dekat staf, mungkin bagi dia benda remeh, tapi kereta ni bagi makan 3 orang yg berkeluarga.”

 

 

Nak buat cerita pun agak-agaklah – TMJ

Terpanggil dengan dakwaan tersebut, TMJ menafikan bahawa golongan itu merupakan dirinya kerana pada waktu tersebut beliau yang menunjukkan swafotonya bersama anak menyatakan bahawa beliau tidak keluar rumah seharian dan menyifatkan agar ia adalah satu taktik menghasut dan menipu memandangkan PRU15 ini dah semakin hampir.

“Salam Encik. Nak buat cerita pun agak-agaklah. Saya tak keluar rumah pun hari ini. Saya faham PRU dah dekat, tetapi taktik menghasut & menipu tidak akan selesaikan masalah2 rakyat. Banyak lagi cara positif lain yg lebih efektif.”

Screenshot 2022 11 07 115638

Walaubagaimanapun, individu terbabit juga membalas respon TMJ dan menegaskan bahawa ianya adalah beliau dan memberikan maklumat terperinci mengenai waktu kejadian sebelum menyatakan bahawa dirinya tiada kaitan dengan politik.

Screenshot 2022 11 07 115925

Haih, mana satu lah yang betul, mungkin ada pihak lain pakai kereta TMJ atau mungkin tersalah nampak?

Baca : Muhammad Sanusi Bagi ‘Hint’ Dakwa TMJ Kawal Liga Malaysia, Tunku Ismail Cabar Bagi Semua Bukti

Page Tmj

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.