in

Tiupan ‘Debu Beracun’ Dari China, Korea Utara Arah Penduduk Tidak Keluar Rumah

Untitled Collage 64

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korea Utara dilapor telah memberi amaran kepada penduduknya agar berwaspada dengan kedatangan tiupan angin yang membawa bersama ‘debu kuning’ dari China.


BBC melaporkan, pihak pemerintah mendakwa debu bermusim itu membawa bersama COVID-19 justeru orang ramai dilarang keluar daripada kediaman masing-masing. Malah selepas peringatan itu dikeluarkan, jalan-jalan utama di sekitar Pyongyang dilihat sepi berbanding kebiasaan.

Rabu lalu, Korean Central Television menyiarkan laporan cuaca yang memberi amaran mengenai kedatangan ‘debu kuning’ — merujuk kepada ribut debu bermusim dari kawasan gurun Mongolia dan China yang bertiup ke arah Korea Utara dan Selatan.

Unnamed

Ia kebiasaannya telah bercampur dengan debu beracun selama bertahun-tahun sehingga menimbulkan kebimbangan berhubung kesannya terhadap kesihatan manusia.

Peringatan mengenai bahaya ‘debu kuning’ ini juga turut dikongsikan Kedutaan Russia di Pyongyang menerusi laman Facebook mereka.

Pyongyang mendakwa alasan negara itu mengaitkan ribut debu itu dengan COVID-19 adalah kerana virus tersebut tersebar melalui udara.

Sebelum ini pemimpin tertingginya, Kim Jong-un berulang kali memberi gambaran bahawa negaranya bebas dari sebarang kes penularan COVID-19.

Namun kebimbangan ketara dapat dilihat berdasarkan beberapa pertemuan Jong-un bersama peringkat tertinggi untuk memastikan kawalan di seluruh Korea Utara sentiasa diperketatkan.

 

Baca: Kim Jong Un Menangis Ceritakan Kesukaran Dilalui Korea Utara Tahun Ini

1 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.