in

Kim Jong Un Menangis Ceritakan Kesukaran Dilalui Korea Utara Tahun Ini

Untitled Collage 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu perarakan ketenteraan besar-besaran diadakan di Korea Utara semalam sempena menyambut ulangtahun ke-75 penubuhan Parti Pekerja, yang merupakan parti pemerintah negara itu.

Dalam perarakan tersebut, aset-aset ketenteraan baru Pyongyang turut dipamerkan dan antara yang menjadi tumpuan tentunya peluru berpandu antara benua atau ICBM (intercontinental ballistic missiles) — yang ditayangkan buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.


Difahamkan, ia merupakan peluru berpandu terbesar yang pernah dihasilkan di dunia setakat ini.

Tapi sebenarnya ada satu lagi perkara yang menjadi tumpuan ramai pada sambutan tersebut iaitu Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un yang dilihat sedikit beremosi.

Memetik laporan World Today News, pemimpin itu menangis ketika menceritakan kepayahan yang dilalui Korea Utara sepanjang tahun ini.

Ee 1

Dalam ucapannya, Jong Un bertanya “berapa ramai yang menderita dan mampu bertahan ketika melalui detik-detik sukar ketika ini?” sebelum dia mula menitiskan air mata.

Bermula dengan sekatan antarabangsa kerana menjalankan ujian nuklear, Korea Utara turut dilanda pelbagai musibah lain seperti banjir besar dan ribut taufan. Bahkan, republik itu turut tidak terkecuali menerima impak penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, Jong Un menyifatkan tindakan pantas tenteranya dalam menangani penularan COVID-19 sebagai satu tindakan patriotik — dan mendakwa republik itu tidak mencatatkan sebarang kes penularan wabak tersebut sehingga kini.

 

Baca: Lima Pegawai Atasan Korea Utara Dibunuh Selepas Kritik Polisi Kim Jong-Un

Capture 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.