Pernah tak korang kena marah dengan ketua atau boss korang atas alasan yang tak masuk akal? Tipulah kalau tak pernah. Mungkin kes macam tu 1 dalam 1,000. Tapi rata-ratanya mesti pernah kan, sampai terkadang itu rasa nak tumbuk je muka boss kita tu.
*Tapi iyelah, kerja mana yang tak stress, tak kena marah dengan boss kan?
Tapi apa yang berlaku kepada isteri, Tengku Shahril Tengku Hussein ni memang sesuatu yang tak boleh kompromi. Kalau korang baca situasi yang berlaku ni, korang pun akan rasa geram dengan ketua isteri Tengku Shahril ni.
“Memandangkan kami anggota kesihatan kami pegang matlamat KAMI SEDIA MEMBANTU”
Rasanya sesiapa yang berhadapan dengan situasi tersebut akan melakukan perkara sama. Iyelah waktu ini mungkin orang lain susah, akan datang kita tak tahu nasib kita kan?
Tapi apa yang terjadi selepas itu adalah sebaliknya pulak. Tak sangka niat membantu orang yang di dalam kesusahan menjadi kisah duka kepada yang membantu apabila….
“Wife kena marah sebab masuk lambat walaupun dah tunjuk bukti bantu mangsa kemalangan, Matron tetap tak terima”
Hah! pulak dah. Membantu mangsa kemalangan tu pun kan salah satu tanggungjawab sebagai jururawat jugak. Sekurang-kurangnya kepakaran yang kita ada boleh diguna untuk membantu orang lain yang didalam kesusahan..Ish ni Matron ke ape? Takkan lah tak boleh bertolak ansur langsung kan?
“Wife stress dan sedih dengan tindakan Matron. Siap main ugut2 lagi wife saya”
Rata-rata netizen menyokong tindakan lelaki tersebut supaya membuat aduan dan laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas tindakan Matron tersebut.
Pada masa sama mereka juga memuji lelaki tersebut dan isterinya kerana menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan cukup baik.
Dia lupa pernah sarung baju putih
Matron2 macam tu patut diajar, jgn ingt kita yg xde pangkat ni asyik kena tindas
Satu je admin nak cakap ‘hidup itu ibarat roda, kadang diatas kadang dibawah’ okay, tu je nak bagitau.