in

“Tinggal tulang rangka pun duk dalam penjara lagi” – Lelaki Dipenjara 584 Tahun & 146 Sebatan Kerana Makan Harta Anak Yatim!

Penara Gigo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, banyak kes melibatkan kegiatan menyeleweng dana dari syarikat mahupun yayasan serta tabung pendidikan telah berjaya ditumpaskan oleh SPRM.


Terbaru hari ini, menurut Harian Metro, bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) telah dihukum penjara selama 584 tahun dan dikenakan 146 sebatan lepas mengaku bersalah kes pecah amanah dana biasiswa pelajar berjumlah RM2.4 juta. Uishhh!

Hambik
sumber: harian metro

Hakim Mahkamah Sesyen Melaka, Datuk Mohd Nasir Nordin telah jatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Hanafi Ismail, 31 sebaik tertuduh membuat pengakuan itu lepas jurubahasa bacakan semua pertuduhan dan fakta kes terhadapnya yang ambil masa kira-kira 2 jam.

 

Hukuman dijalankan serentak bagi 146 pertuduhan

Menurut laporan, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama 4 tahun dari tarikh jatuh hukum bagi setiap pertuduhan dan kesemua hukuman itu berjalan serentak.

Ini bermaksud tertuduh ni akan jalani 4 tahun je hukuman penjara TETAPI dia akan kena satu sebatan bagi setiap 146 pertuduhan ye.

Maknanya nak tak nak, tertuduh kena habiskan 146 sebatan tu dalam tempoh 4 tahun! Ya robbi… 

File 20180731 136664 Fq2Zyi
gambar hiasan

 

“Dalam al-Quran ada menyebut, mengambil harta anak yatim adalah haram dan berdosa besar…” 

Kesalahan tu katanya dijalankan secara berperingkat antara 23 Januari 2017 hingga 21 Disember lalu hingga babitkan nilai RM2.404 juta di Unit Kewangan TAPEM di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan juga mohon mahkamah kenakan hukuman sewajarnya dengan ambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan jumlah direkodkan juga sangat tinggi, yang sepatutnya disalurkan kepada golongan asnaf yang lebih layak.

Malah lagi teruk, tak ada saki baki daripada akaun itu dapat dipulangkan atau berjaya dirampas SPRM! Tertuduh katanya telah memasukkan peruntukan biasiswa pelajar ke dalam pelbagai akaun bank miliknya, perniagaan, rakan dan keluarga sepanjang tempoh berkenaan.

Ini Teknik Teknik Pengubahan Wang Haram Yang Popular 6
gambar hiasan

Sementara itu, Hakim mahkamah sempat menegur tertuduh supaya bertaubat dan pulangkan wang yang diseleweng jika ada, kerana dalam al-Quran ada menyebut, mengambil harta anak yatim adalah haram dan berdosa. 

Semoga tertuduh bertaubat atas kesalahan yang dilakukan. Dosa tau ambil ambil harta anak yatim ni. 

Baca: “Dasar penunggang agama!” – Netizen Bongkar Helah Pusat Tahfiz Penipu di Kedah Suruh Budak Kutip Derma Konon Untuk Rumah Anak Yatim

Nnn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.