in

Tindakan Tegas Perlu Dilakukan Walaupun Dah Mohon Maaf – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Kasut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terbukti bahawa logo Jata Negara ini tidak boleh dibuat main dan haruslah menjaga sensitiviti terhadap pernggunaannya ini. Sebelum ini, ada kes sebuah buku dianggap memepersendakan logo Jata Negara.

Terbaru, wujud pula kes satu jenama kasut meletakkan logo Jata Negara didalam bahagian kasut (tempat pijak kaki).


 

Semua pihak perlu lebih sensitif dengan nilai serta kemuliaan lambang institusi kenegaraan.”

769819

Foto itu viral dan mengundang kemarahan orang ramai, walaubagaimanapun syarikat itu ada membuat permohonan maaf kepada umum dan menegaskan syarikat mereka kekurangan pengalaman dalam kalangan pekerja dan pihaknya telah mengarahkan pemberhentian produk tersebut serta-merta. Lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, menerusi Sinar Harian biarpun permohonan maaf telah dibuat, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tetap menggesa siasatan dilakukan terhadap syarikat pembuat kasut keselamatan itu walaupun syarikat tersebut telah memohon maaf secara terbuka tetapi tindakan tegas mengikut akta perlu diambil.

Dalam masa yang sama, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, beberapa individu dari syarikat itu akan dipanggil.

Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

 

Baca : “Tak patriotik dan tak bertanggungjawab”- Kulit Buku Didakwa Hina Jata Negara, KDN Arah PDRM Ambil Tindakan Tegas

Jatanegara

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.