in

“Tak patriotik dan tak bertanggungjawab”- Kulit Buku Didakwa Hina Jata Negara, KDN Arah PDRM Ambil Tindakan Tegas

Hina 1

Baru-baru ini, kecoh tentang kulit buku yang dikatakan menghina jata negara. Hal ini menimbulkan kemarahan netizen yang rata-ratanya mengatakan penerbit buku tersebut tidak menghormati kedaulatan negara dan tidak bertanggungjawab.

Susulan itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu melakukan perkara tersebut.

1 32

Menurut Sinar Harian, Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau telah meminta PDRM untuk bertindak segera dibawah akta yang sepatutnya.

“Seksyen 3 (1)(a) Akta Lambang dan Nama (1963) memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa yang meniru lambang yang serupa lambang kerajaan Persekutuan, Jata Negara.

“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak melakukan tindakan yang tidak patriotik dan bertanggungjawab ini,”

Buku yang bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia‘ mempamerkan logo mirip Jata Negara sebagai penghias muka hadapan.

2 21

 

Lukisan mirip Jata Negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta mengubah suai bentuk dua ekor harimau selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya

Penerbit Mohon Maaf Isu Jata Negara

Tidak lama selepas itu, Chong Ton Sin yang merupakan penerbit buku dan juga pengarah serta pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan perkara itu, lapor Berita Harian,

Katanya, pihaknya tidak berniat untuk menghina logo jata negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar.

“Gambar berkenaan adalah salah satu lukisan lama yang pernah dipamerkan di beberapa pameran termasuk di Sarawak beberapa tahun lalu.

“Pada masa itu tiada pula timbul isu, maka saya rasa bila ia diputuskan untuk dijadikan gambar pada kulit buku berkenaan tidak akan timbul masalah

Malah katanya dia bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

 

Baca: Kulit Buku Hina Jata Negara : Disengajakan Atau Tidak? Ini Fakta Korang Perlu Tau!

F.b 19 14

Sumber: Twitter
Sumber: Google