in

Tiga Pelajar Form 1 Dibelasah 10 ‘Gengster Asrama’ Selama 2 Jam, Sebelum Dibenarkan Tidur!

Featured 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes buli di negara ini seakan tiada penghujungnya, macam dah jadi trend pulak si junior akan menjadi ‘objek tak bernyawa’ kepada si senior.


Malah kes buli ini sehingga ada ke tahap yang mencederakan dan meragut nyawa.

10 senior ‘tibai’ 3 pelajar form 1

Terbaru di sebuah sekolah menengah di Padawan, Sarawak dilaporkan berlakunya kes buli melibatkan tiga pelajar tingkatan satu yang dibuli pelajar senior di asrama pada Ahad lalu, lapor Harian Metro.

Tiga pelajar asrama terbabit dipukul lebih 10 pelajar senior yang dikatakan ‘gengster asrama’ itu kira-kira 1 sehingga 3 pagi sebelum mereka dibenarkan tidur.

“Semua mangsa ditumbuk dan diterajang oleh kumpulan pelajar senior yang berusia antara 15 hingga 17 tahun.”

Whatsapp Image 2019 07 03 At 1 16 41 Pm 457806 20190703132134
Sumber: the sun daily

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superitendan Aidil Bolhassan, kejadian itu telah menyebabkan ketiga-tiga mangsa mengalami lebam di lengan, perut, belakang, betis dan bahu.

Keesokan hari selepas kejadian, seorang daripada mangsa buli menghubungi ibu bapanya dan menceritakan tentang kejadian sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Laporan itu kemudian disusuli oleh dua lagi keluarga mangsa.

Superitendan Aidil memaklumkan yang 10 pelajar telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan.

 

Baca : Kau tak bagi duit, aku sepak [VIDEO] Pelajar Sekolah Kena Pau RM5  Diterajang Pembuli

Pembuli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.