in

”Tidak ada laporan mengenai harimau” – Polis Jawab Isu Mengenai Video Viral Seekor Harimau Bintang Di Halaman Rumah.

Feature Image Hariamu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni mesti korang pernah dengar kan pasal dua ekor harimau yang datang masuk ke dalam kampung and tak takut dengan manusia tu.


Semalam tular sebuah video yang berdurasi 44 saat menunjukkan seekor harimau bintang yang kelihatan berada di halaman rumah. Kejadian ini kononnya berlaku di Padang Terap, Kedah.

Harimau 2
Sumber: twitter

Video itu juga turut memperlihatkan dimana harimau bintang tersebut sedang bergerak secara perlahan-lahan sebelum menerkam seekor anjing yang sedang tidur.

Kejadian menjadi tegang apabila harimau bintang tersebut bertindak ganas dengan menggigit anjing tersebut yang berkemungkinan ingin dijadikan habuannya. Min rasa dia lapar tu.

Menurut Astro Awani, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan, Noh Idris, memaklumkan pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian itu dan menafikan video yang tular di laman sosial itu berlaku di daerah berkenaan.

”Perkara itu dianggap mustahil kerana Kampung Perik majoritinya terdiri dari kaum Melayu dan tidak membela anjing.”

”Jika dilihat pada video nombor pendaftaran kenderaan tidak seperti di Malaysia.”

”Malah, harimau jenis itu tiada dalam negara ini dan menurut Noh kes berkenaan dipercayai berlaku di India katanya.

 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Terap turut mendakwa tidak menerima laporan berhubung kehadiran harimau bintang berkenaan.

Pegawai APM Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib, berkata, orang ramai boleh menghubungi pihaknya untuk mendapatkan bantuan atau Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sekiranya ada haiwan berbahaya di kawasan mereka.

Admin harap memang betul lah kejadian ni bukan dekat Malaysia. Haishh takut la nak keluar rumah lepas ni.

 

Baca: ”Jangan pergi dekat sungai atau tasik lepas makan daging buaya” – Orang Borneo Kongsi Kepercayaan Mistik Makan Daging Buaya

Buaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.