Sejumlah besar rakyat Malaysia amat suka menonton rancangan drama bersiri, antara drama yang kini menjadi bualan ramai ialah Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Drama tersebut secara tidak sengaja ditunggu oleh orang ramai kerana kontroversi pelakonnya iaitu Aliff Aziz serta Sophia AlBarakbah.
Gosip kedua-dua mereka itu menjadikan drama bersiri tersebut amat ditunggu-tunggu, episod pertamanya telah pun disiarkan dan terdapat banyak komen-komen yang diberikan penonton di media sosial.
https://www.tiktok.com/@arejar313/video/7197057079947922715?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7184310884608542209
Babak yang mengundang kritikan ramai ialah apabila watak Luth Mikail (Aliff) dan Raisya Hannah (Sophia) sedang tidur di atas katil.
Kemudian Maira (Jasmine Suraya) menjerit selepas terkejut melihat keadaan kedua-dua mereka di atas katil itu lalu menyebabkan kedua-duanya terus terjaga dalam keadaan terpinga-pinga.
Dalam petikan drama tersebut, difahamkan Maira ketika itu sedang mengadakan sambutan hari lahir.
Hannah yang merupakan sepupunya pula dipertanggungjawab untuk membuat dekorasi dan Luth merupakan salah seorang tetamu majlis tersebut, mereka dipercayai telah disabotaj dan itu membawa kepada situasi tersebut.
“Patutlah Bella mengamuk”
Babak tersbeut menjadi bualan netizen, malah ada juga yang berkata disebabkan adegan tersebutlah isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah naik angin.
Pun begitu, rata-rata netizen mempertikaikan jalan cerita serta flow drama tersebut kerana babak ‘panas’ itu seakan tiba-tiba berlaku.
Mungkin baru episod pertama, lepas ni makin best kot…
Baca: Azhar Sulaiman Sedia Berlakon Dengan Sophia Albarakbah, Walaupun Dibelenggu Kontroversi