in

Azhar Sulaiman Sedia Berlakon Dengan Sophia Albarakbah, Walaupun Dibelenggu Kontroversi

Azhar Sulaiman Sophia Albarakbah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun nama Sophia Albarakbah kini menjadi bualan ramai, pelakon senior Azhar Sulaiman memberikan respon yang berbeza dengan pelakon lain.


Sophia dikatakan bermain cinta lokasi dengan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz yang juga suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Azhar Sulaiman bagaimanapun memuat naik sebuah kenyataan dalam Instagram miliknya bahawa beliau akan tetap ‘bersama’ dengan Sophia Albarakbah walaupun pelakon baru itu dibelenggu kontroversi berkenaan.

“Mami tidak keberatan langsung, malah berani kerana isteri saya iaitu Chempaka mempercayai Sophia untuk bekerja dengan saya.

Mami terpaksa buat posting ni sebab ramai sangat kawan-kawan Mami yang kirim salam la… nak number Sophie la… letih menjawab. Since tengah hot baik Mami ‘sailang’ semua kawan lelaki ketika ini,” kata Azhar.

Malah, Azhar yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Mami’ itu berkata beliau berani berlakon dengan Sophia kerana isterinya iaitu Chempaka Emalin Pahamin mempercayai aktres itu.

Dalam posting yang sama, pelakon senior itu berkata orang ramai tidak sepatutnya meninggalkan komen yang mengutuk Sophia Albarakbah kerana tiada sesiapa yang mengetahui cerita sebenar disebalik kontroversi tersebut.

Kita doa yang baik-baik je okay? 

Baca: Muat Naik Foto Bersama Aliff Aziz, Bella Astillah Perjelas Hubungan Dengan Suami

Bella Astillah Aliff Aziz Suami Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.