in

Majlis Tahnik Tokti Berjalan Lancar, Tapi Netizen Dakwa Ada Isu Rentas Negeri?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai TokTi telah mengadakan majlis aqiqah, maulid dan tahnik buat anak beliau yang baru dilahirkan, Muhammad Afwa.


Untuk rekod, bayi tersebut dilahirkan pada 19 April lalu dengan berat 3.84 kilogram.

 

Ikut SOP dan berjalan lancar

Beberapa hantaran telah dimuat naik di Instagram TokTi berkenaan majlis tersebut. Difahamkan, majlis tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat TokTi.

Jika dilihat pada gambar yang dimuat naik, majlis tersebut berjalan dengan lancar dan dikatakan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun, ada netizen yang mempersoalkan kehadiran beberapa individu yang dikatakan merentas negeri tanpa alasan yang kukuh.

“Sejak bila mentahnik anak orang jadi kerjaya yang boleh rentas negeri…”

Menurut individu ini, dia berasa kurang senang dengan kehadiran Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, dan Ustaz Azhar Idrus dalam majlis tahnik tersebut.

“Setahu aku Menteri Agama ni duduk Negeri Sembilan, UAI ni duduk Terengganu, so pergi kenduri aqiqah anak CTDK ni buat apa… “

Sambungnya lagi, dia mempersoalkan kedua-dua individu ini yang difahamkan menetap di Negeri Sembilan dan Terengganu, namun masih mampu merentas negeri untuk majlis tahnik anak TokTi.

Polis tak benar ayah lawat cucu

Tambahan lagi, dia berkongsikan kisah bapanya yang membuat permohonan rentas negeri untuk melawat cucu yang baru dilahirkan.

Bagaimanapun, permohonan tersebut ditolak kerana dikatakan bayi yang baru lahir adalah dalam kategori berisiko tinggi untuk dijangkiti.

“Semalam bapak aku request nak pi melawat cucu dia yang baru lahir awal bulan aritu… baru 1st time nak jumpa polis tak benarkan sebab katanya budak baru lahir high risk… padahal tu darah daging dia sendiri.”

“ni puak2 agamawan kumpul kt rumah ctdk majlis tahnik aqiqah budak baru lahir berapa hari ni tak high risk ke? Tak jadi orang hebat ke anak kau kalau agamawan2 hebat ni tak tahnik anak kau”

“Memang makin lah aku yakin sop ni untuk rakyat biasa ja… puak2 agamawan, artis , kayangan semua kalis sop”

Di akhir ayat, individu ini meluahkan rasa kesal terhadap isu ‘double standard’ yang terjadi kepada keluarganya.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

 

BACA: Haram Jika Langgar Larangan Rentas Negeri Beraya Di Kampung – Mufti WP

Sumber: ctdk
Sumber: ctdk
Sumber: ctdk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.