Jika berlaku kematian, pasti ramai yang sedih bila mengenang memori saat bersama dengan si mati tu kan. Tambah-tambah lagi yang meninggal tu ahli keluarga atau kawan rapat kita mesti berjurai air mata.
Namun perkara ini berbeza pada mereka ini, dikhabarkan jenazah yang duduk di dalam keranda itu sedang melambaikan tangannya dari dalam keranda ketika proses pemakaman dilakukan, lapor Daily Mail.
Perkara ini membuatkan pengunjung di tanah perkuburan itu berasa seram sejuk selepas melihat jenazah itu melambai.
Kejadian ini berlaku di kota Manado, Sulawesi Utara, Indonesia.
Dalam video tersebut, paderi itu sedang membacakan ayat suci tentang kehidupan semula yang akan berlaku selepas kematian. Waktu itulah, tangan dia melambai.
Ada yang berpendapat, sebenarnya jenazah itu masih hidup dan tengah cari jalan keluar daripada keranda tersebut.
Namun itu hanyalah pendapat seseorang, cerita di sebaliknya hanya keluarga pada jenazah sahaja yang tahu.
Menerusi artikel Medical News Today, mereka mengatakan tubuh manusia yang telah mati sometimes akan bergerak sendiri. Ini disebabkan beberapa sel yang masih aktif di dalam badan.