Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, mengumumkan bahawa taman tema sudah boleh mula dibuka mulai 1 Julai ini menerusi sidang media harian hari ini.
Bagaimanapun jumlah pengunjung yang dibenarkan di dalam taman tema tersebut bergantung kepada kuantiti dan saiz tempat itu.
Katanya lagi, pengendali perlu mengamalkan penjarakan sosial dengan ketat di antara para pengunjung taman tema, memeriksa suhu mereka dan meletakkan pembersih tangan di setiap lokasi taman tema tersebut.
Malah, harus mengikuti prosedur operasi standard (SOP) kolam renang yang boleh didapati di laman web MKN tidak lama lagi.
Baca : TERKINI : Majlis Kenduri Kahwin Dibenar Dilangsungkan Bermula 1 Julai – Ismail Sabri