Selamat Hari Lahir Fazura!
Walaupun sedang berdepan kes perceraian yang sedang berlangsung di mahkamah, ia tidak menjadi alasan buat pelakon Fattah Amin untuk mengirimkan jambangan bunga buat hari lahir yang ke-41 isterinya, Nur Fazura.
Fazura menerusi IG story berkongsi gambar jambangan bunga berona merah jambu itu dengan kad ucapan yang diterimanya daripada Fattah.
Artikel berkaitan: Tak Pernah Keluarkan Kenyataan Alasan Bercerai, Pemfitnah Fazura Bakal Disaman
Artikel berkaitan: “Saya ada perasaan” – Fattah Amin Sebak, Peguam Kata Belum Sedia Bercerai Secara Baik
Selamat hari lahir Mommy, Daddy doakan di hari kelahiran Mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya. Daddy,” tulisnya.
Fazura menerusi posting sama mengucapkan terima kasih buat Fattah atas hadiah yang diberikan.
Thanks daddy Fatima.”
Dalam pada itu, pelakon Gol dan Gincu ini juga berkongsi video kek hari lahir yang diterimanya daripada keluarga dan hadiah-hadiah lain daripada rakan.
Apa-apapun kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.
Sumber: Instagram