in

Thailand Rancang Hapuskan ‘Kad Putih’ Untuk Pelancong Yang Memandu Dari Malaysia

Ft Pm Malaysia Thai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Thailand kini dalam pertimbangan untuk memansuhkan keperluan buat pelancong dari Malaysia untuk mengisi kad putih ketibaan dan perlepasan di kesemua sempadan utama bagi menggalakkan lagi kadar pelancongan dan perniagaan, kata Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin semalam.

Sumber melaporkan bahawa, kesemua pengunjung yang tiba menerusi laluan darat yang bakal melalui pemeriksaan Sadao di Songkhla mungkin dikecualikan daripada mengisi dan membawa kad tersebut yang dikenali sebagai Tor Mar 6.


Artikel berkaitan : Dakwa Kena Rompak, Geng Mak Nyah Thailand Bergocoh Dengan Mak Nyah Filipina Di Bangkok

Artikel berkaitan : Netizen Terhibur Artis Thailand Ada Di KL Letak Lagu Raya Tok Ti Upload Gambar Di IG

Jelas Sretta lagi, pengecualian ini juga mungkin akan diperluaskan lagi kepada beberapa sempadan utama lain di Malaysia. Cadangan itu dibentangkan ketika bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Melbourne semalam.

Menurutnya lagi, pengecualian langkah ini boleh mempercepatkan proses kemasukan pelancong yang sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong dan memperluaskan lagi perniagaan dari Malaysia.

Tambahnya, bilangan rakyat Malaysia yang bakal mengunjungi Songkhla melalui Sadao telah meningkat tiga kali ganda, daripada 10,000 kepada 30,000 pada hujung minggu.

Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan skim “Enam Negara, Satu Destinasi” secara berasingan, rundingan dua hala dengan Anwar Ibrahim dan pemimpin Laos Sonexay Siphandone dengan mengatakan bahawa ia boleh menarik lebih ramai pelancong ke rantau Asia Tenggara.

Sumber : Facebook, Bangkok Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.