Kecoh di media sosial pada Ahad lalu mengenai sebuah video memaparkan satu pergaduhan antara dua geng mak nyah warga Thailand dan Filipina.
Memetik sumber Bangkok Post, insiden tersebut berlaku di Jalan Sukhumvit Soi 11 dan difahamkan pergaduhan tercetus apabila seorang transgender Thailand mendakwa bahawa dia telah dirompak oleh ahli trangender Filipina.
Katanya, polis menerima laporan mendakwa 20 mak nyah warga Filipina menyerang dan merompak seorang mak nyah warga Thailand.
Artikel berkaitan: Tendang Pintu Mall & Siap Campak Duit Lagi, ‘Geng Mak Nyah’ Buat Kecoh Depan Mall di KL?
Artikel berkaitan: Instafamous Buat Open House Jemput Pondan Menari Separuh Bogel Ditangkap
Fight between Thai and Filipino transgenders allegedly broke out in Bangkok pic.twitter.com/EBAkixnz8n
— @ (@anthraxxx781) March 4, 2024
Keadaan menjadi lebih buruk apabila lebih ramai kumpulan pondan Thailand berhimpun di lokasi kejadian selepas mendapat maklumat serangan itu di media sosial.
Polis cuba meleraikan keadaan, namun keadaan menjadi huru-hara apabila kumpulan pondan Thailand mula membaling objek ke arah kumpulan pondan warga Filipina yang baru tiba.
Menerusi video tular itu, kelihatan pihak polis gagal mengawal keadaan dan menangani rusuhan yang melibatkan ratusan transgender di hadapan hotel lokasi kejadian.
Difahamkan, polis akhirnya berjaya meleraikan pergaduhan dan menahan kedua-dua kumpulan penyerang serta mangsa, dan membawa mereka ke balai polis berdekatan.
the video that sparked it all. The Thai woman in red was seen in this video outnumbered. She was forced to put up with mocking and verbal assault before the fight broke out. This is important context. Pay attention to the faces in this video. https://t.co/3I6JbILjlt
— yammi (@sighyam) March 5, 2024
Insiden ini menarik perhatian netizen Thailand yang ramai di antara mereka bersimpati dan menyokong lelaki transgender Thailand.
Jumlah sebenar mereka yang ditangkap dan keadaan mereka yang cedera setakat ini tidak diketahui.
Sumber: Astro Awani