in

Netizen Terhibur Artis Thailand Ada Di KL Letak Lagu Raya Tok Ti Upload Gambar Di IG

Ft Artis Thai Guna Lagu Saya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila kita berada di satu negara pastinya kita akan rasa teruja untuk bergambar dekat satu tempat yang menjadi simbolik di negara tersebut.


Seorang artis dari Thailand ini tidak terkecuali apabila dia kongsikan foto berlatar belakangkan KLCC bersertakan caption bahasa Melayu menjelaskan ‘saya sayang kamu’.

Artikel berkaitan : “Saya artis kegemaran komposer” – Aliff Syukri Tak Kisah Amy Ukays ‘Reject’ Buatkan Lagu Raya

Artikel berkaitan : “Janganlahhh” – Aliff Syukri Rakam Lagu Raya, Bonda Rozita Luah Rasa Risau Sebab…

Namun begitu apa yang menjadi perhatian netizen sampaikan foto ini tular di plaform X adalah lagu yang diselitkan dalam hantaran tersebut.

Mungkin ingin cuba meletakkan lagu simbolik Malaysia, artis yang dikenali sebagai Isbanky ini mengepilkan lagu Lip Lap Raya daripada Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan membuatkan ramai netizen rasa terhibur

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen di Instagram Isbanky sendiri, ramai netizen memberikan komen berkenaan pemilihan lagu dan ia membuatkan Isbanky sendiri jadi tertanya-tanya berkenaan dengan maksud lagu ini.

Screenshot 2024 02 21 185341

Setelah diberikan penjelasan oleh netizen, Isbanky menjelaskan bahawa dia tidak tahu maksud lagu tersebut dan sebab dia memilih lagu itu adalah kerana suka mendengar iramanya.

“Saya tidak tahu maksud lagu tersebut. Tetapi saya suka rentak lagu ini. Terima kasih kerana memberitahu saya.”

Ala, mungkin kalau kita kat negara orang kita pun mungkin akan buat perkara sama, tapi salute cara dia bergambar di KLCC dan guna lagu Tok Ti memang 2 benda tu dah kuat dah menunjukkan simbolik Malaysia.

Sumber : Instagram, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.