in

“Teruja tengok sos keluar dari pam” – Cikgu Belanja Anak Murid Makan KFC, ‘Happy’ Sampai Ketar Tangan

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin bagi orang-orang macam kita, KFC bukanlah makanan yang terlalu istimewa. Bagi sesetengah orang, ia hanyalah merupakan makanan yang dimakan bila malas nak memasak.


Namun hakikatnya, tak semua orang berkemampuan untuk menikmati makanan fast food macam ni. Kerana ini, seorang guru telah kongsikan video di media sosial menunjukkan yang dia telah berbelanja besar untuk membawa anak muridnya seramai 30 orang untuk makan di KFC.

@cikpuangojes

Ada lg video cuci draft.. #kepci

♬ original sound – Kakpikah – Tiyascarves

Dalam video yang dikongsikan di TikTok, Cikgu Ismaniza telah tunjukkan anak-anak muridnya beratur untuk mengambil sos dan mengatakan ramai yang hairan kenapa sos boleh keluar dari pam sos dan bukan dalam botol seperti yang selalu dilihat.

Melalui temubual bersama mStar, guru ini mengatakan yang dia telah berjanji untuk belanja anak muridnya makan bagi memupuk minat untuk datang ke sekolah dan membuat kerja. Kebetulan semua anak-anak muridnya buat seperti yang disuruh.

Bila ditanya sorang-sorang nak makan apa, hampir 90 peratus dari anak muridnya menjawab KFC kerana rata-rata dari mereka tak pernah makan atau masuk pun kedai makanan segera ini. Allahu…

Screenshot 2022 02 04 At 1.47.40 Pm

Masa mereka cakap tak pernah makan tu Allahu, sakit dada saya, teringat kisah saya masa kecil dulu pun macam ni, hanya dapat makan dari ihsan orang. Saya pun kenal KFC masa umur 18 tahun, waktu belajar di maktab perguruan, kawan-kawan yang ajar makan.

“Sebagai guru, saya tahu latar belakang mereka. Ada ayah meninggal, bercerai, yatim piatu. Dari situ nikmat hidup pasti kurang, jadi saya berazam untuk bawa mereka makan dekat KFC.”

Tambahnya lagi, dia dah lama berhasrat untuk bawa anak-anak muridnya untuk makan di KFC dan dengan duit perniagaan kosmetik dan penjagaan muka, akhirnya dia dapat menunaikan hasratnya.

Ismaniza turut rasa gembira bila melihat anak-anak muridnya gembira bila dibawa sendiri ke KFC untuk menikmati ayam goreng tersebut.

Masa sampai KFC tu mereka terlompat-lompat seronok, ada yang terketar tangan, punya la happy.

Paling sedih bila tengok mereka teruja sos keluar dari pam, semua bunyi ‘wow’. Masa tu kita boleh tahu yang mereka memang betul tak pernah masuk KFC.”

Tak cukup dengan itu, anak-anak murid Ismaniza ini turut bangga bila mereka dilihat tak sabar untuk bawa balik makanan mereka untuk dikongsikan dengan ahli keluarga mereka yang lain. Alahai comel betul…

Murah rezeki Cikgu Ismaniza dapat buat anak-anak murid dia happy macam ni.

 

Baca: Pelajar Kumpul Duit, Belikan Cikgu Perodua Aruz Sebagai Hadiah Persaraan

Screenshot 2022 02 04 At 1.53.19 Pm

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.