in

Tertekan Tak Ada Kerja Sebab PKP, Suami Kurung Isteri & Anak Dari Dalam Rumah

Whatsapp Image 2021 06 22 At 8.01.35 Am 750X486 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara tekanan perasaan, seorang lelaki membuat keputusan mengurung isteri dan anaknya dalam rumah, disebabkan itu, sepasukan anggota bomba terpaksa bertindak memotong kunci mangga dan mengumpil pintu rumah mereka.



Kata Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zainurin Sarip, pihak bomba menerima aduan kira-kira jam 8.15 malam semalam dan tiba di lokasi kejadia dekat Taman Nusa Intan, Seremban lepas 9 minit.

Tak termakan pujukan

Whatsapp Image 2021 06 22 At 8.01.35 Am 750X486 1

“Pihak bomba mendapat laporan seorang lelaki bertindak mengunci pagar, grill dan pintu belakang rumahnya dari dalam setelah tertekan kerana tidak mempunyai pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”

Zainurin Sarip berkata, pihak bomba pada mulanya ada cuba memujuk lelaki tersebut tetapi tidak mahu beralah, lapor Kosmo! Online.

“Kami pada mulanya cuba memujuk lelaki itu tetapi selepas lebih kurang 15 minit dan melihat dia tidak mahu beralah, kami mula mengumpil pintu pagar dan grill rumah berkenaan. Kami terpaksa memotong kunci mangga pintu rumah berkenaan disebabkan lelaki itu mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kunci tersebut.”

Tambahnya lagi, dimaklumkan bahawa isteri kepada lelaki tersebut ada mengadu kepada jirannya tentang kejadian tersebut sebelum suaminya itu mengalami tekanan perasaan lebih teruk sehinggakan abang kandung lelaki itu terpaksa datang dari Mambau untuk pujuk.

“Kami menyelamatkan wanita itu dan anak-anaknya yang berusia kira-kira empat bulan dan lebih setahun dan menghantar mereka ke rumah jiran terdekat. Kami dimaklumkan kesemuanya tidak makan daripada pagi.”

Biarpun begitu, dilaporkan bahawa tiada sebarang kecederaan berlaku dan lelaki tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

 

Baca : Akibat Tekanan Perasaan, Bayi 18 Bulan Mangsa Tikaman Bapa Sendiri!

Ft Baby

 

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.