in

Terseksa Muntah Paku, Scammer Mohon Maaf Kepada Pembeli Lepas Disantau

Ft Scammer Disantau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagai bertemu buku dengan ruas, itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk kisah yang terjadi baru-baru ini dimana individu yang dikatakan peniaga scammer ini terseksa oleh pembeli.



Seorang pembeli bertekad mengantar santau kepada peniaga tersebut setelah mendapati peniaga itu merupakan seorang scammer.

 

3 hari muntah paku, pulangkan duit

Situasi itu dikongsikan menerusi satu tangkap layar mesej perbualan antara kedua-dua pihak itu menunjukkan peniaga merayu sebab muntah paku dan terseksa sehingga terpaksa mengalah dan memulangkan semula wang pembeli itu. Perkongsian itu tular di media sosial termasuklah Twitter.

Menurut laporan Sinar Harian, individu yang dipercayai pembeli, dia berbuat demikian gara-gara bengang dengan peniaga berkenaan kerana menipu dalam urusan jual beli.

Katanya, duit yang dibayar ‘lesap’ dan barangan tersebut tidak dihantar kepadanya dalam tempoh yang dijanjikan sehingga sanggup membalas dengan cara halus seperti itu.

Screenshot 2022 08 05 121455 1

Di Twitter, perkongsian ini telah meraih lebih daripada 6,000 jumlah retweets sepanjang tempoh 2 hari ia dikongsikan.

Rata-rata netizen memberikan pandangan tersendiri, ada yang rasa ia menggerunkan, malah ada yang rasa ianya bukan lah jalan terbaik kerana kedua-kedua perbuatan itu dilaknat oleh Tuhan.

Screenshot 2022 08 05 122527 Screenshot 2022 08 05 122659 Screenshot 2022 08 05 122730 Screenshot 2022 08 05 122948

Bagaimanapun kesahihan mengenai cerita ini masih belum dikenal pasti, ini kerana ada netizen mempertikaikan penggunaan emoji ketika diri dalam keadaan tersiksa dan ada juga gambar hasil santau itu sebenarnya diambil dari orang lain.

Baca : “Cukup lah tu.. saya merayu, demi Anas & Aneesa” – Kongsi Gambar Jarum Penuh Darah, Bapa Fattah Anas Kena Santau?

Anas8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.