in

“Terpaling Wira” – Tindakan Geng Kereta Parkir Di Tengah Jalan Undang Kritikan

Cats 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Geng kereta yang berkonvoi kebiasaannya akan bergerak secara beramai-ramai ke satu destinasi. Ini adalah salah satu cara untuk mereka melakukan hobi bersama-sama, di samping mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.


Geng kereta parkir di tengah jalan untuk ambil gambar

Lain pula ceritanya buat Geng Wira yang tular dalam satu video di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian seorang individu, dia sempat merakamkan gelagat sekumpulan lelaki yang meletakkan kenderaan mereka di tengah jalan raya.

1 3 2

Menerusi video tersebut, beberapa Proton Wira dilihat diletakkan secara menegak sehingga menutup jalan raya di situ. Turut kelihatan, pemilik kereta berbual di lokasi yang sama seperti tiada apa-apa yang berlaku meskipun mereka sudah menghalang laluan.

Beberapa pengguna jalan raya lain turut dilihat terpaksa memperlahankan kenderaan untuk mengelak daripada melanggar Geng Wira tersebut.

@syvhirrr

BUKAN DEKAT MALAYSIA . kita sesama main kereta . bukan nak jatuhkan sesiapa cuma nak spread awareness supaya kita tak perangai macam ini. #fyp #fypシ #proton #ppoccrew

♬ cupid fifty fifty – sped up – lex1e

Terima kritikan ramai

Perkongsian video tersebut ternyata mendapat perhatian ramai warganet. Rata-ratanya mengkritik tindakan Geng Wira yang dilihat memiliki akal cetek dan tidak mampu untuk berfikir secara kritis seperti manusia berakal.

Ada juga beberapa individu yang meluahkan rasa risau terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lain, yang dilihat terpaksa masuk ke laluan bertentangan untuk bergerak ke hadapan.

“Terpaling wira, orang lain main wira gak takde sampai terpaling macam ni”, komen seorang individu.

“Perghhh geng wira, ini biasa bunyi sampai dulu, kereta lambat sikit”, tulis seorang individu berseloroh tentang gelagat geng Wira.

Apa-apa pun, minat kita terhadap sesuatu perkara haruslah dilakukan tanpa menyusahkan orang lain. Hobi mahal itu tidak salah, tapi menyusahkan orang itu yang salah!

Kredit: Syahir Aqil

BACA: Proton Wira Pertahankan Rekod Selama 11 Tahun Berturut-turut Sebagai Model Paling Banyak Dicuri

Capture 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.