in

Proton Wira Pertahankan Rekod Selama 11 Tahun Berturut-turut Sebagai Model Paling Banyak Dicuri

Proton Wira Dicuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan kenderaan jenis Proton Wira agak old school dalam arena automobil. Walaupun gayanya semakin ditelan zaman, terdapat satu fakta menarik yang didedahkan mengenai model Proton Wira ini.


Paling laris jadi sasaran pencuri

Proton Wira bukan sahaja menjadi kereta kegemaran rakyat Malaysia sekian lama, malah merupakan kereta yang paling digemari pencuri.

Ia sekali gus mempertahankan statusnya sebagai ‘kenderaan paling banyak dicuri’ selama 11 tahun berturut-turut, menurut Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC).

1994 Proton Wira C90 1.6 Xli 4 Door Saloon 03 32977031973

Koordinator VTREC, Mas Tina Abdul Hamid berkata, sebanyak 131 Proton Wira dilaporkan dicuri pada 2021, diikuti model Proton Iswara dengan laporan 75 kes dan Perodua Kancil.

Model trak seperti Toyota Hilux turut berada dalam senarai model paling banyak dicuri dengan 65 unit dilaporkan hilang. Manakala Perodua Myvi yang sering digelar sebagai King of the road menduduki tempat keenam dalam senarai itu.

Difahamkan, Proton Wira menjadi tumpuan berikutan barang gantian yang terdapat pada kereta itu.

“Ada kereta Mercedes Benz curi dijual pada harga serendah RM10,000, atau Hilux RM12,000, dan Wira hanya RM3,000.

“Wira merupakan jenama yang popular ketika itu, dan masih terdapat sejumlah besar di jalan raya walaupun pengeluaran dihentikan pada 2009,” kata Mas Tina.

Tambah Mas Tina, pencuri sering menyasarkan model kereta yang lebih lama dan lebih popular. Model Myvi dipercayai akan menjadi kereta sasaran seterusnya kerana rupanya dan ia antara kegemaran orang ramai.

“Trend ini hampir serupa (dengan Wira). Kita kini mempunyai sejumlah besar Myvi di jalan raya (dan mereka mungkin menjadi sasaran apabila pengeluarannya dihentikan),” katanya sambil menambah kebanyakan kenderaan tempatan yang dicuri dijual di dalam negara.

Menurutnya, sindiket ini sukar untuk dibanteras oleh pihak berkuasa kerana pencuri menggaji kumpulan orang yang berbeza.

Sebagai info, Proton Wira dihasilkan pada 1993 sehingga 2009. Sepanjang pengeluaran model itu sebanyak 952,216 unit telah dijual.

Sumber: The Star

Baca: [VIDEO] Majikan Hadiahkan Proton Saga Buat Staf Indonesia Yang Dah Berkhidmat 10 Tahun

Hadiah Proton Saga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.