in

“Terlalu sakit, minta berhenti” – Wanita Aceh Menangis Angkat Tangan Minta ‘Stop’, Disebat Depan Orang Ramai Sebab Berzina

Kena Sebat Aceh

Mengangkat tangan tanda ‘berhenti’. Itu yang dilakukan seorang wanita Indonesia ketika sedang menjalani hukuman sebatan di depan khalayak ramai. Menurut Daily Star, wanita itu telah didapati bersalah kerana berzina dan Aceh merupakan satu-satunya bandar di Indonesia yang mengamalkan hukum hudud jadi dia perlu dihukum sebegitu.

Wanita tersebut merupakan salah seorang daripada 8 pesalah lain yang dijatuhi hukuman sebatan di depan orang ramai dekat Banda Acah, Pulau Sumatra.

Ketika dibawa oleh dua pegawai wanita, wanita tersebut menunduk dan menyembunyikan wajahnya yang sedang menangis. Dia diiring naik ke atas pentas di mana hukuman akan dijalankan itu dan diminta bersedia dalam posisi melutut.

Cane2

Pegawai yang memakai topeng digelar ‘algojo’ kemudian terus menghayunkan kayu rotan beberapa kali dan difahamkan setiap pesalah menerima 25 hingga 45 sebatan mengikut kesalahan masing-masing.

Ramai orang awam yang menonton kejadian itu mengeluarkan telefon bimbit masing-masing dan merakamkan detik wanita tersebut disebat. Dia yang dilihat menangis teresak-esak itu kemudian mengangkat tangan dan memohon agar ‘algojo’ berhenti buat seketika kerana terlalu sakit.

Cane3

Cane1

Bagaimanapun, salah seorang pegawai menghampirinya dan menawarkan air untuk diminum sebelum ‘algojo’ menyambung semula hukuman sebatan tersebut.

Selain kesalahan berzina, antara kesalahan lain yang membuatkan pesalah menerima hukuman di depan orang ramai sebegitu adalah berjudi, minum arak dan liwat.

Cane4

Baca: “Aku tak pernah menangis macam ni” – Lelaki Menangis Teruk Bila Dapat Tahu Kucing Kesayangan Mati Kena Langgar

Featured Image Menagis Teruk

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star