in

“Terlalu cepat merebak daripada virus asal” – KKM Khuatir Kluster Sivagangga Jenis SUPER SPREADER?

Super

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas menjangkiti sebanyak 30 individu setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kemungkinan Kluster PUI Sivagangga ini merupakan ‘super spreader’ atau perebak utama iaitu keadaan di mana seorang individu berupaya menjangkiti ramai orang.


Alamak berpeluh admin baca! 

Menurut Berita Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Sivagangga ini nampaknya merebak dengan pantas sejak ia mulai dikesan berbanding 9 kluster lain di Sarawak.

“Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang berdepan kluster genome 614 (G614) iaitu kluster ‘super spreader’ yang dimaklumkan KKM dari Mesir dan Pakistan.

“Besar kemungkinan ini mungkin satu kluster ‘super spreader’ tetapi kita perlu menjalankan kajian teliti. Kita akan kulturkan virus itu di makmal dan lihat kepada jujukan genom virus yang menjangkiti Kluster PUI Sivagangga,” katanya.

 

Kenali jenis virus Super Spreader ini

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, virus asal COVID-19 dari Wuhan adalah jenis D614.

Dalam tempoh beberapa bulan, virus ini telah mengalami mutasi pada protein yang menyebabkan ia lebih efektif dan mudah melekat pada reseptor di saluran pernafasan.

Sebab itulah ia mampu menjangkiti individu lain 10 kali ganda lebih pantas dari virus asal tau!

Berikut antara ciri lain virus Super Spreader ini:

Sehingga kini, 30 individu telah disahkan positif Covid-19 dari kluster Sivagangga. Agak luarbiasa, kluster Sivagangga…

Posted by Public Health Malaysia on Khamis, 6 Ogos 2020

 

Justeru itu, rakyat Malaysia diminta jangan lalai dalam mematuhi SOP dan memakai pelitup muka bila berada di tempat awam.

Tak siapa sangka bahawa kedai nasi kandar yang kecil di pekan Napoh itu boleh jadi punca kepada kluster baru COVID 19 yang boleh merebak hingga seluruh Malaysia.

Stay safe dan kita jaga kita ye! 

Baca: Gara-gara Syok Layan Shisha, Seorang Lelaki Telah Jangkitkan Covid-19 Kepada 23 Individu Lain

Featured 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.