in

Gara-gara Syok Layan Shisha, Seorang Lelaki Telah Jangkitkan Covid-19 Kepada 23 Individu Lain

Featured 2

Covid-19 boleh dikatakan sebagai musuh dalam selimut, kehadirannya tidak disedari sehingga memberi kesan kepada pesakit.

Malah lebih menakutkan sehingga artikel ini ditulis lebih 18.9 juta individu telah dijangkiti dengan lebih 711,000 telah terkorban.

 

Lelaki jangkiti 23 individu sebab shisha

Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan dalam apa jua cara, contohnya seperti yang berlaku di Gurugram, India apabila seorang lelaki telah menjangkiti 23 individu lain kerana berkongsi Shisha, lapor FMT.

Dalam kejadian pada pada 8 Julai lalu, seorang penduduk kampung telah menghadiri satu majlis perkahwinan.

Di majlis itu dia dan rakan-rakannya didakwa menghisap shisha.

Hookahs

Tak disangka rupanya lelaki itu positif covid-19 dan telah menyebabkan 23 kontak rapat lelaki itu turut dijangkiti.

Apabila kes Covid-19 meningkat secara mendadak di kampung itu, kami mendapati shisha menjadi punca utama penyebaran jangkitan virus.

“Amalan menghisap shisha sering dilakukan di kampung-kampung dan ia perlu dielakkan ketika pandemik Covid-19,”- Pegawai Kanan Kesihatan Hospital Awam Jind, Gopal Goyal

Susulan itu, pihak berkuasa tempatan di kampung tersebut mengharamkan penggunaan shisha selain turut membentuk satu jawatankuasa untuk periksa penggunaan shisha di kawasan tersebut.

 

Baca : Kluster Sivagangga: Lepas Budak Sekolah, Kini Dua Anak Kecil Umur 2 Tahun Pula Dijangkiti Covid-19

 

11