in

[TERKINI] “Tiada permohonan yang perlu dibuat” – Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Buat Golongan B40 & M40 – PM

Pm 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi, pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Tan Si Muhyiddin Yassin sebentar tadi, kerajaan berbesar hati akan memberikan lagi Bantuan Prihatin 2.0 kepada seluruh rakyat Malaysia yang tergolong dalam kalangan B40 & M40.


Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:

  • RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40.
  • RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.
  • RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40.
  • RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40.

Bpn

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.”

Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Kerajaan akan
memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

 

Baca : [TERKINI] PKP Akan Dilaksanakan Jika Kes Terus Meningkat Secara Mendadak – PM

Tsmy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.