in

[TERKINI] PKP Akan Dilaksanakan Jika Kes Terus Meningkat Secara Mendadak – PM

Pm 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Sekiranya kes Covid-19 meningkat dengan mendadak PKP akan dilaksanakan semula.”


Itulah kata-kata yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi ketika menyampaikan pekembangan terkini tentang kes Covid-19 di Malaysia.

Ia berikutan dengan peningkatan yang begitu mendadak dekat 3 daerah baru-baru ini. Tambahnya lagi, pandemik ini mungkin akan berterusan dalam masa yang agak lama.

Malah, beliau turut menambah bahawa kerajaan akan cuba meningkatkan lagi kawalan di sempadan bagi menghalang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Tan Sri Muhyiddin ketika menzahirkan rasa bimbangnya akibat peningkatan kes itu juga turut mengingati rakyat Malaysia supaya patuh SOP agar dapat sama-sama bantu dalam memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia.

Ini kerana beliau tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan semula PKP jika kes terus meningkat secara mendadak.

 

Baca : [TERKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Dilanjutkan Sehingga 31 Disember – Perdana Menteri

Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.