in

TERKINI: TIADA KEBENARAN Untuk Rapid KL Hapuskan Penjarakan Sosial Pengangkutan Awam

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri baru mengumumkan yang Rapid KL tidak diberikan kebenaran oleh Majlis Keselamatan Negara untuk menukar peraturan penjarakan sosial dan membenarkan kapisiti 100% untuk servis pengangkutan awamnya.


Rapid tak ada kuasa untuk menukar peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bila SOP telah jelas memberitahu yang perkhidmatan awam perlu mengikut penjarakan sosial. Mereka tak boleh tukar keputusan yang dah dibuat oleh kerajaan.”

Fw1046355 Ptj04 09052020 Pc Bn202005080982 Lpr

Menteri ini memberitahu perkara ini ketika menjawab soalan sama ada perkhidmatan pengangkutan awam akan mengikut jejak langkah Rapid membuat keputusan untuk berhenti kurangkan jumlah kapasiti seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Rapid awal pagi tadi.

Tambah Ismail Sabri, Rapid perlu meminta kebenaran dari MKN dan tak boleh sewenang-wenangnya membuat pengumuman seperti itu sendiri.

Dorang tak boleh ambil tindakan tanpa memberitahu kerajaan. Ini adalah salah. Dorang tak ada kebenaran dari MKN.”

Kalau korang nak tahu, Rapid KL dah pun buang tanda-tanda penjarakan sosial di tren dan stesen mereka.

Eloklah tu, bahaya lagi kot terus nak berhimpit je…

 

Baca: RapidKL Akan Beroperasi Normal TANPA Penjarakan Sosial Dalam Tren & Stesen Mulai Esok

Feature3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.