in

RapidKL Akan Beroperasi Normal TANPA Penjarakan Sosial Dalam Tren & Stesen Mulai Esok

Feature3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rapid KL mengumumkan perkhidmatan rel mereka akan beroperasi secara normal bermula esok. Menurut Berita Harian, peraturan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen juga akan ditamatkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai esok.


Ketua Pengarah Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), Abdul Halim Amran, berkata langkah itu sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Pengangkutan untuk PKPP, yang membenarkan kapasiti 100 peratus kepada semua perkhidmatan rel kecuali ETS dan KTM Intercity.

Bermula esok, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, LRT Ampang/Sri Petaling, Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh – Kajang dan Laluan Monorel dikendalikan Rapid Rail akan menamatkan arahan penjarakan sosial di dalam tren.”

Lrt1

Tanda-tanda penjarakan sosial di dalam tren dan stesen sudah pun dikeluarkan namun prosedur keselamatan dan kesihatan sedia ada akan diteruskan.”

Bagi memastikan usaha KKM untuk mencegah penularan Covid-19 ini terus berkesan, pihak RapidKL berharap agar semua pengguna akan mendisiplinkan diri untuk mematuhi norma baharu ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Prosedur keselamatan dan kesihatan untuk menggunakan perkhidmatan rel adalah pengambilan suhu pekerja dan penumpang.”

“Pekerja atau penumpang yang mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah selsius tidak akan dibenarkan masuk dan dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera.”

Lrt3

“Selain itu, pemakaian pelitup muka adalah wajib kepada semua pekerja dan penumpang semasa berada di dalam sistem pengangkutan awam termasuk penggunaan cecair pembasmi kuman.”

Selain itu, pengguna juga digalakkan menggunakan fasiliti dan transaksi bukan tunai seperti kad Touch N Go serta pas bulanan. Penumpang juga digalakkan untuk muat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera, imbas QR kod serta menggunakan ‘sanitizer’ yang disediakan di kawasan stesen.

“Kerja-kerja membasmi kuman dan pembersihan stesen-stesen serta di dalam tren akan diteruskan secara gigih seperti sebelumnya.”

Apa pendapat korang? Patut tak mereka teruskan je peraturan social distancing tu? 

Baca: TERKINI: Solat Jumaat, Jemaah Dan Ibadah Haji Akan Diketahui Selewat-lewatnya Khamis Ini – DS Dr Zulkifli

Feat 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.