in

[TERKINI] Rekod Baru Lagi, Malaysia Catat 7,478 Kes Harian Covid-19

Hisham 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita telah dikejutkan apabila angka kes harian di Malaysia telah mencatat rekod baru mencecah angka 7k.

Hari ini (26 Mei), kita sekali lagi mencatat sejarah baru dengan mencatatkan kes tertinggi setakat ini sebanyak 7,478 kes.


Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah KKM Tan Sri Dr Hisham Abdullah sendiri melalui Twitter rasminya sebentar tadi.

Perincian kes hari ini menunjukkan Selangor masih menjadi negeri dengan kes positif terbanyak iaitu 2,455 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 760 kes dan Johor 587 kes.

Selain itu, macam yang korang boleh tengok dari perincian dekat atas ni, kebanyakan negeri telah pun mencatat kes 3 digit kecuali Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Rata-rata netizen yang melihat perkembangan terbaru ini turut mengutarakan rasa bimbang mereka dan berharap kerajaan dapat membuat sesuatu bagi menyekat penularan wabak Covid-19 ini.

 

Baca: [TERKINI] “Standby jelah 10k” – Kes Harian COVID 19 di Malaysia Pecah Rekod Lagi, Meningkat Ke Angka Lebih 7,000

Caui

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.