in

[TERKINI] “Standby jelah 10k” – Kes Harian COVID 19 di Malaysia Pecah Rekod Lagi, Meningkat Ke Angka Lebih 7,000

Caui

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengejutkan! Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian tertinggi hari ini (25 Mei 2021) dengan 7,289 kes.


Perkara ini dimaklumkan oleh Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi.

Menerusi Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perincian kes menunjukkan Selangor kekal di tangga teratas dengan 2,642 kes. Ia diikuti dengan Johor (664 kes), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (604 kes).

Rata-rata netizen yang menerima berita kenaikan kes ke angka yang tinggi hari ini menyatakan kebimbangan mereka dan berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk membendung wabak ini daripada terus merebak.

Sama-sama kita doakan semoga semuanya beransur pulih tidak lama lagi dengan perlaksaan PKP ini. 

Baca: [TERKINI] Malaysia Catat 6,806 Kes Positif Harian, Tertinggi Setakat Ini!

Civud

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.