in

[TERKINI] “Punca kematian Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah oleh 2 atau lebih individu tak dikenali”- Koroner Rofiah Mohamad

Featured 43

“Punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim bukan perbuatan sendiri tetapi akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.”

Itu kenyataan yang diberikan Koroner Rofiah Mohamad setelah mendengar prosiding inkues kematian Adib dan mendengar segala keterangan saksi sepanjang siasatan berlangsung, lapor Berita Harian.

Mahkamah Koroner juga hari ini memutuskan yang Muhammad Adib Mohd Kassim menemui ajal akibat pihak ketiga susulan tragedi rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 pada 27 November lalu, petik FMT.

8Acc2603318Fe724Fcc8Efe4Fecfc94F5D37D0F352802
Sumber: bernama

Keputusan yang dibuat itu juga selari dengan teori perunding kanan patologi forensik di United Kingdom, Dr Shahrom Abdul Wahid yang memaklumkan…

“Adib berkemungkinan besar ditarik keluar dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan dan mangsa juga mungkin dihentak ke pintu van berkenaan dengan kuat.”

Penghakiman itu sekaligus membuka jalan kepada proses pendakwaan terhadap pihak berkaitan yang disyaki terbabit dalam insiden tersebut kerana membunuh.

Mohd Adib, 24, cedera parah ketika bertugas dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ, November lalu.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.

E519816A A292 46Af B978 2E95233Ab592
Sumber : blog

 

Berikut merupakan kronologi keputusan prosiding hari ini (sumber : Sinar Harian)

7 pagi: Pekarangan kompleks mahkamah tenang dan terkawal. Laluan ke mahkamah koroner diletakkan penghadang.

8 pagi: Sebahagian peguam keluarga Muhammad Adib, Yahya Othman tiba.

8.45 pagi: Ketibaan tunang Allahyarham Muhammad Adib, Nurul Najihah Mohd Radzi, 25. Nurul Najihah berbaju kurung tiba dengan ditemani seorang wanita, memasuki mahkamah. Ini kali pertama beliau hadir di Mahkamah Koroner bagi perbicaraan inkues kematian tunangnya.

8.46 pagi: Abang sulung arwah, Mohd Asraf Mohd Kassim tiba

8.50 pagi: Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis tiba bersama pegawai kanan.

8.55 pagi: Ketibaan Saksi keenam, Mohd Hazim Mohd Rahimi, 31

9.20 pagi: Pihak-pihak berkepentingan mula mengambil tempat di dalam galeri awam. Mahkamah dijangka bersidang pada bila-bila masa.

9.51 pagi: Koroner Rofiah Mohamad mengambil tempat. Keputusan akan dibacakan.

9.52 pagi: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin tiba jam 9.55 sambil diiringi anggota polis. Zuraida tiba sejurus Koroner Rafiah Mohamad mengambil tempat bagi membacakan keputusan.

10.14 pagi: Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari. Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

“Saya merumuskan bahawa kecederaan lung chest trauma yang dialami Muhammad Adib adalah bukan perbuatan diri,”

 

Baca : Bercerita tentang Adib buat saya sebak- Bapa Harap Keputusan Inkues Hari Ini Mampu Beri Keadilan Kepada Adib

Featured 42