in

“Bercerita tentang Adib buat saya sebak”- Bapa Harap Keputusan Inkues Hari Ini Mampu Beri Keadilan Kepada Adib

Featured 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini hampir genap setahun pemergian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkorban akibat rusuhan di Kuil Seri Maha Mariaman USJ 25.


Namun seluruh rakyat malaysia tidak pernah lupa dengan kisah pemergian anggota bomba tersebut terutama sekali ahli keluarga yang tidak pernah lekang menitipkan doa dan ingatan supaya allahyarham tenang di sana.

 

“Jika sehari tidak ke kuburnya kami rasa tidak lapang sebab sentiasa teringat arwah”

Bapa allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63 tahun dan isteri, Asma Aziz, 51 tahun setiap hari tanpa jemu mengunjungi pusara anak ketiga mereka itu di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah, lapor Sinar Harian.

1 22
Sumber: sinar harian

“Selepas solat Subuh di Masjid As-Saadah, mereka berdua akan mengunjungi pusara Allahyarham untuk membaca doa dan menyedekahkan surah al-Fatihah.

“Jika sehari tidak ke kuburnya kami rasa tidak lapang sebab sentiasa teringat arwah, namun selepas mengunjungi dan menatap kuburnya, kami rasa lega dan lapang,”

Mohd Kassim berkata ketika mengerjakan ibadah haji baru-baru ini dia dan isteri sentiasa berdoa supaya dipermudahkan segala urusan dan dilapangkan dada mereka dalam menerima ketentuan illahi.

*Sebagai ibu bapa, pemergian anak tercinta pasti meninggalkan luka yang cukup dalam

Muhammad Adib
Sumber: blog

“Syukur Alhamdulilah, sekembali dari tanah suci, hati kami lebih tenang dan tidak lagi rasa ‘berat’ seperti sebelum ini.

“Saya dan isteri tetap mengunjungi kubur arwah jika berkelapangan untuk melepaskan rasa rindu walaupun tidak pergi setiap hari seperti sebelum ini,”

Malah dia mengakui kehilangan Adib memberi satu tamparan besar buat mereka sekeluarga dan rasa sebak tiap kali mengenang atau bercerita mengenai anak lelakinya itu.

Ada masanya dia rasa ingin mengelak dari bercerita mengenai arwah kerana perkara itu akan membuatkannya sebak.

 

Harap keputusan inkues hari ini beri keadilan pada Adib

As
Sumber: utusan

Mengulas mengenai keputusan prosiding inkues Adib hari ini, dia hanya berharap agar keputusan itu nanti boleh memberikan keadilan kepada arwah.

“Keputusan inkues ini bukan sahaja dinanti-nantikan oleh keluarga kami tetapi juga seluruh rakyat di negara ini dalam usaha mencari keadilan buat arwah,”

Sebelum ini sebanyak 30 saksi dipanggil bagi memberi keterangan dan 137 eksibit dikemukakan kepada mahkamah sejak bermulanya prosiding pada 11 Februari lalu.

Allahyarham Muhammad terkorban selepas rusuhan di Kuil Seri Maha Mariaman USJ 25 pada 27 November tahun lalu dan prosiding inkues dilakukan dalam mencari punca kematian anggota bomba tersebut.

 

Semoga keadilan untuk Adib!

Baca : Kita harap keputusan adil dan memihak pada arwah Keputusan Inkues Keluar Jumaat Ini, Bomba Buat Solat Hajat Buat Adib

2 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.