in ,

“Tula korang degil sangat kan!” – Pasukan Tentera Akan Mula Bertugas Ahad Ini, Bantu Polis Kawal Pergerakan Rakyat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digerakkan mulai Ahad ini, lapor FMT. Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pasukan tentera ini ditugaskan bagi membantu polis menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan untuk memastikan orang ramai patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh tersebut.


Kita yakin dengan bantuan daripada pihak tentera kawalan lebih lagi boleh dapat dilaksanakan dan kita berharap rakyat akan terus patuh arahan yang dikeluarkan kerajaan.”

Menurutnya, laporan polis telah menunjukkan peningkatan peratusan pematuhan perintah dalam kalangan rakyat, mengatakan orang ramai semakin sedar akan bahaya Covid-19 ini.

Namun, masih ada insiden di mana orang ramai tidak mempedulikan arahan kerajaan sebagai contoh ibu bapa yang membawa anak-anak bermain di taman permainan dan sekumpulan individu yang makan di restoran.

Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan. Kalau akhirnya sampai tahap tidak boleh kompromi, maka tindakan undang-undang akan digunakan.”

Baca: “Sudah-sudah lah tu menyusahkan orang” – Persara Doktor Mungkin Akan ‘Turun Padang’ Semula Untuk Bantu Rawat Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.